Penyanyi, Mila Jirin mengesahkan dirinya hamil tiga bulan dan berita tersebut mengembirakan para peminatnya.

Bagaimanapun, sejak akhir-akhri ini Mila yang sering dilihat agak sibuk dengan jadual kerja membuatkan peminatnya berasa risau.

Kesibukan Mila itu dapat dilihat menerusi akaun Instagram (IG)nya apabila penyanyi berusia 29 tahun itu kerap memuatnaik beberapa ‘update’ mengenai aktiviti hariannya untuk dikongsi bersama peminat.

Ruangan komen IGnya juga dibanjiri dengan komen-komen yang meminta supaya Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin menjaga kesihatan dan mendapatkan rehat yang cukup.

Mereka juga meminta supaya Mila menjaga kandungannya dengan lebih berhati-hati memandangkan penyanyi itu pernah mengalami keguguran sebelum ini.

Antara komen yang diterima Mila ialah:

@noriza_mn: Mila, jangan lasak sangat. Kandungan blm kuat lagi.

@sarah_raduan: Kali ni jangan banyak jalan da @mila_jirin banyak rehat... Alhamdulillah.

@niesafriddin: tahniah kak mila...baby kte sama thun nti.. jaga ksihatan n bnykkn rehat tau... @mila_jirin


Sementara itu, menerusi satu temubual bersama Berita Harian, Mila berkata sepanjang tempoh trimester pertama, dia telah mengurungkan aktiviti seni dan perniagaan dengan menghabiskan masa di rumah demi memastikan kandungannya itu sihat.

Terdahulu, Mila dan suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, 36, melangsungkan perkahwinan mereka pada 11 November tahun lalu.

Teks oleh: Mya Amri