Seramai empat orang peserta berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir program Lawak Solo.

Danial, Mad Sabah, Ag Hafiz dan Fikry akan bertanding pada peringkat akhir pada minggu hadapan.

Pada minggu separuh akhir ini yang berlangsung malam tadi (Jumaat), para peserta harus menyampaikan dua persembahan bertemakan makanan dan sukan.

Nasib tidak menyebelahi Wan Gegau dan Nizam apabila memperoleh markah terendah dan disingkirkan.

Pelakon Lisa Surihani telah dijemput sebagai juri jemputan bergandingan bersama dua orang juri tetap iaitu Datuk AC Mizal dan Saiful Apek.

Jangan lupa saksikan peringkat akhir Lawak Solo yang disiarkan secara langsung dari Studio Finas, Kompleks Merdeka FINAS pada hari Jumaat, ekslusif menerusi Astro Warna (saluran 132) dan tayangan serentak di Mustika HD (saluran 134), ‪pukul 10 malam.

Lawak Solo merupakan sebuah program realiti komedi mencari pelapis untuk memeriahkan lagi dunia komedi solo yang kini dilihat semakin mendapat perhatian di kalangan peminat komedi tanah air.

Program ini dihoskan oleh Johan, manakala Fad Bocey juga turut memeriahkan Lawak Solo ini selaku hos dibelakang tabir bersama dua lagi pelawak baru laman sosial iaitu Jamal dan Zukiee.

Teks oleh: Rozaimi Zubaidi