Pelakon Jung Il Woo dikatakan enggan memohon pelepasan untuk menjalani khidmat ketenteraaan meskipun dirinya kini menghidapi penyakit Aneurisma.

Menurut laporan Soompi, Jung Il Woo dikatakan bakal melaporkan diri dalam khidmat ketenteraan pada bulan ini.

“Doktor telah mengesahkan terdapat benjolan pada salur darah di bahagia otaknya atau dipanggil aneurisma otak.

“Dia dilihat sering merungut mengalami masalah sakit kepala sejak tiga tahun lalu dan pernah mendapatkan pemeriksaan khusus baru-baru ini.

“Apa yang merisaukan sekarang ini adalah sekiranya benjolan itu pecah dan ia akan menyebabkan angin ahmar, kerosakan saraf atau kematian,” kata rakan baik Jung Il Woo.

Perkhabaran sedih itu telah dikongsikan oleh rakan baik Jung Il woo dan perkara ini telah mengejutkan banyak pihak.

Namun, perkara itu sedikit sebanyak membuatkan peminatnya menjadi risau memandangkan Jung Il Woo menghidap penyakit aneurisma otak.

Terdahulu, Jung Il Woo dilaporkan telah mengalami kemalangan jalan raya yang dialaminya pada 2006 bersama rakannya, Jung II Woo.

Gara-gara kemalangan itu dia turut menjalani rawatan hampir setahun di hospital dan berkata, sejak kemalangan tersebut kehidupannya banyak berubah.

Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Soompi