Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Jatt Ali terkejut apabila ditugaskan untuk menyanyikan lagu irama Malaysia pada konsert ketiga minggu ini.

Kata Jatt, tugasan itu menjadi pengalaman sulungnya menyanyikan lagu berlainan forte sepanjang bergelar anak seni.

"Saya tak pernah nyanyi lagu berentak irama Malaysia kerana itu bukan forte saya, jadi tugasan pada minggu ini boleh dikatakan berat bagi saya.

"Akan saya cuba untuk belajar melodi lagu Awallah Dondang itu dan kalau boleh menari saya akan menari.

"Cumanya risau takut terlupa lirik macam minggu pertama," katanya kepada Gempak.

Jatt yang berada di tangga tiga terbawah pada konsert kedua GV2019 bakal menyanyikan lagu Awallah Dondang (Noraniza Idris) sempena tema Yang Aneh Aneh.

Tambah Jatt, dia akan cuba mendalami ilmu, cara nyanyian dan lenggok lagu Awallah Dondang itu daripada penyanyi asalnya, Noraniza Idris.

"Sudah pasti saya akan cuba bertanyakan pendapat, tips dan nasihat daripada penyanyi asal lagu itu.

"Saya perlu kerja keras untuk minggu ini bagi menebus semula prestasi saya pada konsert kedua," ujarnya.

Jangan lupa saksikan konsert ketiga GV2019 pada hari Ahad ini 27 Oktober 2019 pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.