Pelakon cantik, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 27, enggan melayan aura negatif yang diberikan oleh sesetengah netizen yang membenci dirinya.
Bergelar selebriti, Ruhainies mengakui tidak lari dari sikap sesetengah wargamaya yang bergelar 'haters' dan sering mencari kesalahan dirinya.
"Artis antarabangsa pun tertekan sehingga mengelami depresi, apatah lagi saya... Saya juga rasa sedikit tertekan jika berdepan dengan kerenah netizen.
"Bagi saya, pegangan agama itu sangat penting. Bila rasa stress, fikirkan mengenai orang yang sayangkan kita. Kita ada keluarga dan rakan-rakan yang sayangkan kita, jadi jauhkan diri dari aura negatif," kata Ruhainies.
Pelakon itu ditemui di majlis pelancaran kafe Bites Dessert di Plaza Akardia, Desa Park City, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambah pelakon drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu ini, dia bertindak untuk menyekat sesiapa yang dirasakan melampaui batas.
"Ada segelintir netizen makin lama makin melampau. Bila nak kutuk tu, mereka kutuk macam tiada hari esok... Kadang-kadang terkejut melihat mereka mengeluarkan kata-kata makian paling maksimum.
"Bagi saya, jika ada yang melampau, sekat sahaja. Itu ubat yang paling mujarab untuk mereka. Saya hanya mahu mengekalkan suasana positif dan tak membalas perkara yang bukan-bukan. Mereka yang bersifat negatif tidak layak mendapat layanan saya," katanya lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Ruhainies baru sahaja membuka sebuah kafe, Bites Dessert yang menyajikan pelbagai seleksi pencuci mulut.
BACA: Buka Kafe Pencuci Mulut, Ruhainies Nak Berhenti Berlakon?
Ruhainies memilih kafe yang menjual pencuci mulut yang menyajikan lebih 40 seleksi 'sweet and savoury desserts' serta ais krim.
Kamaruddin Razal
Fri Oct 25 2019
Bengang Dengan Kekasih, Influencer Bunuh Diri Sewaktu Bersiaran Secara Langsung
Seorang influencer muda dari Indonesia, Meli Joker mengejutkan pengikutnya apabila melakukan aksi bunuh diri sewaktu bersiaran langsung di akaun Instagramnya beberapa hari lalu.
Sheriff: Ramai Dah Tak Sabar! Tayangan Awal Bermula Hari Ini, Dapatkan Tiket Sekarang
Sheriff memang power! Best!
5 Iklan Raya Paling Meruntun Hati, Diinspirasikan Daripada Kisah Sebenar!
Saban tahun sambutan Hari Raya Aidilfitri turut diserikan dengan pelbagai iklan raya yang dihasilkan oleh syarikat produksi tempatan atau agensi itu sendiri.
Tampil Dengan Imej Berhijab, Lana Nodin Masih Dalam Fasa Percubaan - “Saya Bersama Keluarga Berubah Ke Arah Lebih Baik”
Alhamdulillah...
Sofia Jane Teruja Bawa Watak Zaiton Dalam Filem ‘Mencari Ramlee’ - “Bila Dapat Skrip, Saya Suka Kerana…”
Tak sabar nak tengok!
Kes Tertinggal Flight Sebab Boarding Pass Tak Tunjuk AM-PM, Zarul Umbrella; "Benda Simple Selalu Kita Lalai..."
Gara-gara tersilap melihat paparan waktu di tiket kapal terbang, seorang pelajar yang berasal dari Sabah tertinggal penerbangan. Perkara itu terjadi apabila tiket penerbangan yang disangkakan dijadualkan pada jam 1.15 tengah hari (PM) rupa-rupanya adalah pada jam 1.15 pagi (AM). Kisah yang terjadi pada gadis berkenaan dikongsikan oleh abangnya
Content “Rempit” Views Melangit Tinggi, Marketing Untuk Andyoso, Ammor & Teah? | Motif Trending
Korang pernah layan tak content dorang dekat YouTube? Min layan pun sengih sorang sorang.
GMW: Motif Trending
️ Setiap Isnin
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#MotifTrending
#GMWMotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW: Motif Trending
️ Setiap Isnin
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#MotifTrending
#GMWMotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
Shaheizy Sam Tak Suka Watak Zarif Dalam ‘Takdir Itu Milik Aku’ - “Saya Tak Bagi Anak-Anak Tengok, Takut Nanti Mereka…”
Ramai kecam watak Zarif.
Pertandingan Pakaian Beragam Janda-Janda Dibatalkan - "Sebenarnya Ia Hanya Acara Suka-Suka"
Pertandingan Pakaian Beragam Janda-Janda Temerloh yang dijadualkan berlangsung di Taman Tasik Chatin, Mentakab, Pahang, pada Ahad ini, telah dibatalkan.
Leona Terkejut Netizen Tegur Pelat, Azhar Sulaiman Respons - “Leona Macam Ni Sebab Ianya Adalah Sejenis Penyakit Keturunan”
Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona akui dia merasa terkejut apabila menerima kritikan daripada netizen mengenai pertuturannya dalam bahasa Melayu yang dikatakan pelat.