Ini berita yang baru je Miss K dengar dari seorang teman bernama Azam yang kerjanya gemar membawang.
Khabarnya, percintaan pelakon Nur Risteena dengan seorang pelakon dan ahli perniagaan, Ikhwan Khairudin sudah bernoktah.
Dakwa Azam, mereka tak jadi kahwin dan percintaan mereka dah tamat.
"Kalau kau tak percaya Miss K, boleh je terus Google pasal Risteena dan Ikhwan, masing-masing dah keluarkan kenyataan kepada media yang mereka bakal nikah November ni, bersempena hari lahir Risteena.
"Dengarnya dah siap pergi kursus kahwin. Tiba-tiba aku dengar mereka dah putus! Terkejut tau, katanya dah lebih tujuh tahun bercinta!
"Aku sendiri pun tak tahu Miss K kenapa mereka putus tapi bila jenguk Instagram Risteena dan Ikhwan, masing-masing dah padam gambar bersama," dakwa Azam.
Apa yang lebih mengejutkan Miss K, Azam mendakwa Risteena kini sedang menyulam kasih dengan pelakon dan penyanyi baru, Isa Khan.
"Pelik ke tak pelik Miss K, sebab selama ni yang sorok wajah kekasih cuma adik dia, Ruhainies tu... Cover pakai emoji... Kali ni, kalau Miss K usha posting baru Instagram Risteena, dia up video ada jejaka suapkan dengan 'caption' berbunga. Eh, berlawan pulak adik beradik cover muka guna emoji.
"Peliknya, Risteena pun nak tiru Ruhainies jugak, cover dengan emoji. Kenapa nak kena cover agaknya tu Miss K? Aku risik punya risik, rupanya Isa Khan," dakwa Azam lagi.
Azam turut memberikan Miss K foto Risteena bersama Isa dengan Farali Khan, kakak kepada Isa dengan kapsyen 'family' tapi khabarnya foto terbabit dah dipadamkan. Err, sejak bila pulak mereka bersaudara?
Azam juga memberikan Miss K foto seorang jejaka yang dikongsi di Instagram Risteena, tapi aktres itu menutup wajah jejaka terbabit dengan bunga.
Malah, Azam juga bagi Miss K foto yang dikongsikan Isa di ruangan IG Story. Isa up foto dirinya dengan seorang wanita tapi muka wanita terbabit kena tutup dengan emoji love.
Hmmm... Miss K tahu yang Isa dan Risteena ada berlakon sama dalam drama bersiri Bulan Di Kota Langit, tapi tak tahu pula mereka dah menyulam cinta... Biar betul?
Kalau benar, apa salahnya kan? Kalau salah, mungkin Azam memberikan Miss K informasi yang salah.... Apa yang penting, Miss K doa yang baik-baik untuk semua pihak...
Miss K: Terdengar juga cerita pelakon berstatus isteri orang tengah angau kemaruk bercinta dengan jejaka yang juga suami orang... Ish, ish... Takutlah Miss K!
Miss K
Wed Oct 23 2019
“Bukan Semua Benda Kita Perlu Kongsi” – Video Wanita Pecah Air Ketuban Atas Sofa Ketika Beraya Raih Kecaman
Setiap ibu hamil pasti akan melalui fasa air ketuban pecah yang menjadi petanda bakal bersalin. Hal itu yang dapat dilihat menerusi satu video viral baru-baru ini. Menerusi video berkenaan, dapat dilihat seorang wanita mengalami pecah ketuban ketika beraya di rumah rakannya. Namun, apa yang membuatkan perkongsian tersebut tular adalah apabi
Kekasih Dikutuk Gempal & Tak Cantik, Pemain Bola Bernilai RM562 Juta, Declan Rice Tetap Setia
Declan Rice mungkin sedang memegang status pemain tengah terbaik dunia.
Anne Hathaway Jijik Cium Mulut 10 Pelakon Lelaki Waktu Uji Bakat Untuk 1 Watak
Aktres Anne Hathaway mendedahkan pernah melalui fasa kurang disenangi sewaktu awal pembabitannya sebagai pelakon.
Cuba Jadi Suami Terbaik, Aamir Khan Ditampar, Digigit Bekas Isteri
Ada satu individu yang ‘berani’ memberi layanan buruk sehingga tahap mampu menampar Aamir Khan.
Bintang Spider-Man, Tom Holland Nak Kahwin Aktres Zendaya
Kisah cinta pasangan popular Tom Holland dan Zendaya memang menjadi perhatian.
Ruhainies Minta Cadangkan Rawatan ‘Rambut Kejung’, Netizen Pula Syak Pertanyaan Dituju Buat Sarah Yasmine?
Nampaknya, hal berkaitan Ruhainies dan Sarah Yasmine masih belum reda.
“Tunggu Sophia Sendiri Beri Kenyataan” - Pengurusan Sophia Albarakbah
Ini pula komen isu melibatkan Aliff Aziz dan Sophia.
“Kalau Kita Tak Tengok & Dengar Komen Orang Dari Luar Saja, Tak Adil,” - Awie
Kena tengok dahulu filem itu.
Tak Tinggal Sebumbung, Nora Danish Akui Rumah Tangga Bergolak
Ini penjelasan Nora tentang rumah tangganya.
“No Comment..” - Meerqeen Tak Mahu Ulas Panjang Tentang Sarah Yasmine
Tuan badan dah respon.