Didakwa mempamerkan hubungan sejenis dalam muzik video terbaharu, kumpulan Sistar telah dikritik oleh peminat.

Menerusi single terbaharu berjudul One More Day, mereka dikatakan amat menyokong aktiviti LGBT.

Muzik video tersebut mengisahkan tentang penyanyi utamanya iaitu Hyorin cs menjalikan hubungan percintaan dengan teman baiknya yang juga merupakan seorang wanita.

Malah kelihatan kedua-dua pelakon dalam muzik video itu melakonkan adegan-adegan romantik sebagai pasangan kekasih.

Akibat daripada lakonan itu, muzik video tersebut telah menjadi perbualan hangat daripada netizen dengan memberi pelbagai reaksi negatif dan positif menerusi ruang komen yang disediakan.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang berfikiran terbuka dengan menilai kualiti lagu tersebut berbanding video muzik itu.

Sehingga kini muzik video itu sudah ditonton sebanyak 995,745 selepas ia dilancarkan beberapa hari yang lalu.


Olahan : Rozaimi Zubaidi

Sumber : Kapanlagi