Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin, 48, memohon maaf kepada orang ramai sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadat umrah.

Permohonan maaf itu dibuat menerusi satu posting di laman Instagramnya.

Difahamkan, Zarina mengerjakan ibadat bersama ibunya Zahura, anak lelaki Muhammad Raizal Azrai dan madunya Datin Seri Hajah Norhasimah.

"Saya ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki atas segala dosa dan kesilapan saya sama ada dari segi percakapan atau perbuatan.

"Saya bersama madu saya Datin Seri Hajah Norhasimah Mohd Noor, ibu saya Zahura binti Abdul Mutalib dan anak saya Muhammad Raizal akan ke Makkah menunaikan umrah bersama saudara jemaah yang lain," katanya.

Tambahnya, dia juga memohon supaya pengikut Instagramnya mendoakan perjalanan mereka selamat pergi dan balik dan mendapat umrah yang mabrur.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan doa supaya perjalanan mereka sebagai tetamu Allah berjalan lancar.

Antara rakan selebriti yang meninggalkan komen termasuklah Umie Aida, Almy Nadia, Ifa Raziah dan Sherry Ibrahim.

Untuk rekod, Zarina Zainuddin berkahwin dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993, sekali gus menjadi isteri kedua.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22 , Muhammad Naim Azraidan, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun.

Assalamualaikum Saya ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki diatas segala dosa dan kesilapan saya sama ada dari segi percakapan atau perbuatan Saya bersama madu saya Datin Seri Hajah Norhasimah Mohd Noor ,ibu saya Zahura binti Abdul Mutalib dan anak saya Muhammad Raizal Azrai bin Abu Raihan akan ke Mekah menunaikan umrah bersama saudara jemaah yang lain ,doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik dan mendapat umrah yang mabrur ❤️ kimar dan blous ? @as.legacymalaysia

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on