Pelakon dan pelawak, Zizan Razak menerusi laman sosial Instagram miliknya memuat naik foto dirinya kini terlantar sakit di hospital.

Menerusi foto itu juga dilihat Zizan telah diusung di atas katil oleh beberapa jururawat di sebuah hospital.

Entri berkenaan dimuat naik dengan kapsyen:

"Thanks to @ashraf_rahman9 @hafizarazak #demam #gws #zizanrazak"

Merujuk daripada hashtag yang ditulis Zizan jatuh sakit kerana demam dan berterima kasih kepada dua orang yang mungkin telah membantunya.

Terdahulu Zizan telah memuat naik sekeping gambar menunjukan tangannya yang berbalut dengan kapas seperti baru lepas dicucuk.

Zizan menerusi entri berkenaan memberitahu dirianya sakit dengan menulis kapsyen:

"Akitttt #zizanrazak"

Kami dari pihak Astro Gempak telah menghubungi pihak Zizan, namun gagal. Bagaimanapun kami mendoakan agar dia cepat sembuh.

Teks oleh: Syafiqah Jalal