Anak kepada penyanyi antarabangsa Madonna, Rocco Ritchie ditahan selepas disyaki memiliki dadah baru-baru ini.

Rocco, 16, yang merupakan anak hasil perkahwinan Madonna dengan pengarah Guy Ritchie ditahan berdekatan kediamannya di Primrose Hill, London kerana didapati memiliki dadah jenis kanabis. Dadah tersebut telah dijumpai dalam beg galas miliknya.

Menurut sumber, Rocco dikenali di kawasan kediamannya kerana statusnya sebagai anak seorang penyanyi dan pengarah terkenal.

“Penduduk kawasan kediamannya sudah tidak boleh bertoleransi dengan perangai buruknya yang suka menghisap dadah secara terang-terangan.

“Rocco seharusnya menjaga perilaku kerana kedua orang tuanya merupakan orang ternama. Kini, Rocco sudah terkenal kerana sebab yang salah,” kata sumber lagi,

Penahanan Rocco itu dilakukan penduduk di kawasan perumahannya yang membuat laporan polis selepas Rocco dilihat menghisap dadah di kawasan tersebut bersama rakan-rakannya.

Dalam pada itu, terdapat sumber lain yang mendakwa Rocco berkelakuan sebegitu sebagai tanda bantahan kepada kedua orang tuanya yang sebelum ini berbalah kerana merebut hak penjagaan Rocco.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Sumber: Daily Mail