Pelakon Amber Heard bakal berhadapan hukuman saman kerana tidak mahu berbogel dalam filem terbaharu bertajuk London Fields.

Produser filem tersebut, Chris Hanley dan Jordan Gertner, telah menfailkan saman kepada Amber sebanyak RM44 juta kerana dikatakan telah melanggar perjanjian kontrak yang telah ditandatangani sebelum ini.

Menurut laporan dari The Hollywood Reporter, pelakon yang berusia 30 tahun itu dituntut untuk membayar jumlah saman tersebut kerana keenganannya untuk berbogel di dalam filem tersebut.

"Amber yang memegang watak sebagai Nicola Six dalam filem London Fields itu sudah mengetahui sejak awal lagi yang dia perlu berbogel,” kata sumber.

Tuntutan saman tersebut telah difailkan pada 21 November lalu di Mahkamah Tinggi Los Angeles.

Namun, kes tersebut akan dibicarakan selepas hubungan tegang antara produksi dan pelakon itu kembali reda.

Filem tersebut turut dibintangi pelakon hebat seperti Billy Bob Thornton, Cara Delevigne, Theo James dan Johnny Depp.

Olahan: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Kapanlagi