Pelakon Ashraf Muslim terkejut dengan ketegangan yang berlaku dalam rumah tangga rakan baiknya, Amar Asyraf baru-baru ini.
Menerusi pendedahan demi pendedahan sejak minggu lalu, Ashraf berpendapatn Amar sepatutnya bijak mengendalikan situasi terutama menggalas amanah dalam hidup berpoligami.
"Amar sepatutnya perlu jumpa saya dahulu, mungkin saya boleh beri nasihat," katanya berseloroh.
Tambah Ashraf, Amar punyai hak untuk merahsiakan situasi sebenar rumah tangganya daripada umum namun harus berani menanggung akibatnya selepas ini.
"Tiada masalah untuk merahsiakannya (poligami) tetapi kena ingat sebagai selebriti ramai nak tahu keluarga kita.
"Kalau boleh kita sampaikan kepada masyarakat supaya mereka faham. Nak kahwin tiga, boleh tiada masalah cuma kalau boleh kita buat dengan cara betul.
"Perlu banyak bersabar. Bijak uruskan segala apa saja berkaitan rumah tangga," ulas Ashraf kepada Gempak.
Saran Ashraf lagi, seseorang lelaki yang ingin berpoligami seharusnya berkemampuan dalam banyak aspek.
"Tiada masalah untuk berpoligami sekiranya mampu untuk menjaga isteri dan anak-anak.
"Paling penting menggalas amanah yang Allah berikan.
"Mampu pun merangkumi banyak perkara termasuk masa, kewangan dan kasih sayang," katanya ketika ditemui pada acara Megaklinik Zahran Fun Run Heart for Heart di Bandar Baru Bangi, Selangor semalam.
Ashraf mendirikan rumah tangga bersama isteri pertama Noor Dayana Lokman pada Ogos 2011 dan mengambil keputusan untuk beristeri lagi dengan Wan Sakinah pada Julai 2013.
Hasil perkahwinan mereka, Ashraf dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 4, Anas Ashraf, 3, Adam Ashraf, 2, dan Safiyyah Ashraf yang berusia setahun.
Minggu lalu, industri hiburan kecoh apabila seorang wanita tampil mendedahkan sikap sebenar pelakon Amar Asyraf yang nyaris memperisterikannya.
Malah, situasi sebenar rumah tangga Amar juga dibongkarkan apabila pelakon itu sebenarnya sudah beristeri dua.
Amri Hassan
Mon Oct 14 2019
DROGBA & ROONEY | TELEMOVIE GEMPAK
Kisah Johan dan Zizan yang taksub dengan pasukan pilihan mereka iaitu Manchester United dan Chelsea. Saksikan aksi lucu Johan dan Zizan dibantu Ozlynn Wati dalam Drogba & Rooney.
Danial tau pasal nasi impit terhimpit | YES TUAN EP 3
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
"Dia Terlalu Baik Untuk Saya" - Farisha Iris Tak Jadi Kahwin Hujung Tahun Ini
Impian tamatkan zaman bujang tak kesampaian.
Rusdi Ramli Jawab Spekulasi Rumah Tangga Goyah: “Bercerai? Siapa Cakap?”
Aktor dan pengarah Rusdi Ramli akhirnya membuka mulut tentang spekulasi rumah tangga yang dibina bersama komposer Sharon Paul yang dikhabarkan berada di hujung tanduk.
Punca Ria Ricis Berkeras Mahu Cerai Terjawab, Suami Suka Lebihkan Sahabat
Polemik rumah tangga pasangan selebriti Ria Ricis dan Teuku Ryan masih belum dapat diselesaikan dan sedang berjalan di mahkamah.
Uqasha Senrose Selamat Bersalin, Beri Nama Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Terlalu Banyak Episod, Netizen Gigih Lukis Peta Minda Kronologi Kes Aliff Aziz Untuk Kefahaman Semua!
Kontroversi yang melibatkan Sarah Yasmine, Aliff Aziz, Bella Astillah dan Ruhainies mendapat perhatian ramai seteleh Sarah tampil membuat pendedahan bertubi-tubi baru-baru ini.
Sarah Yasmine Dedah Cerita Sebenar Hubungan Dengan Meerqeen!
Ada sebab nama Sarah Yasmine dikaitkan dengan Meerqeen.
Meerqeen Kenal Sarah Yasmine - “Kami Akui Pernah Jumpa”
Pelakon, Meerqeen tidak menafikan bahawa dirinya pernah bertemu dengan kekasih gelap kepada Aliff Aziz, Sarah Yasmine. Bagaimanapun, menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan baik apa lagi menjadi kawan. “Saya fikir saya kenal dan kami pernah jumpa. She’s a fan,” u
“Bubs, Yang, Love” - Sarah Yasmine Dedah Panggilan Manja Aliff-Sophia, Berhubung Guna Akaun Palsu?
Nama pelakon jelita Sophia AlBarakbah hangat diperkatakan apabila Sarah Yasmine memuatnaik tangkap layar perbualan dipercayai antara Sophia dan Aliff Aziz.