Kumpulan K-Pop BLACKPINK dikecam netizen apabila mereka didakwa terlambat untuk menghadiri acara promosi sebuah jenama sukan terkenal bersama bekas pemain bola sepak terkemuka dunia, David Beckham.

Selain netizen, perkara itu juga mengundang rasa kurang senang pihak media Korea yang hadir pada acara tersebut.

Acara yang melibatkan Beckham telah berlangsung tepat pada waktunya dan bermula dengan mengambil foto secara solo dan juga sesi temubual.

Namun untuk acara pertemuan yang melibatkan Beckham dan BLACKPINK yang sepatutnya bertemu buat pertama kali ternyata mengecewakan netizen.

Bagaimanapun, BLACKPINK yang oleh Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo dilaporkan hadir lewat 20 minit pada acara tersebut menyebabkan penonton yang hadir juga meluahkan rasa kecewa.


“Memang benar mereka terlewat lebih 20 minit. BLACKPINK merupakan punca acara tersebut terpaksa ditangguhkan buat seketika,” kata saksi yang berada di lokasi berkenaan.

Malah wakil acara berkenaan juga meluahkan rasa kesal dengan kejadian yang berlaku.

“Acara ini sepatutnya untuk menyambut kehadiran David Beckham ke Korea untuk mempromosikan jenama ini tetap malangnya kelewatan BLACKPINK yang menjadi perbualan hangat,” katanya.

Selain itu, netizen juga melabelkan tindakan BLACKPINK itu agak biadap kerana membuatkan Beckham terpaksa menunggu kehadiran mereka.






Sehingga kini, agensi mereka YG Entertainment masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian itu.