Drama terbaru lakonan pelakon terkenal Korea, Lee Min Ho, Legend of The Blue Sea menjadi fenomena selepas dua episod pertamanya ditayangkan.

Menerusi laporan Nielsen Korea, drama tersebut berjaya memecahkan rekod drama paling popular Descendants of The Sun (DOTS) dengan mendapat rating sebanyak 16.4 peratus.

Manakala DOTS rekod DOTs pula ialah 14 peratus selepas dua episod pertama drama tersebut ditayangkan awal tahun ini.

Sementara itu, penonton juga memuji keserasian dan keberkesanan lakonan Lee Min Ho bersama heroinnya Jun Ji Hyun menerusi drama tersebut.

Rating Legend of The Blue Sea dijangka semakin meningkat selepas mendapat reaksi dan komen positif penonton.

Dalam pada itu, drama bersiri 20 episod ini diilhamkan oleh penulis tersohor, Park Ji Eun (My Love from The Star dan pengarah Jin Hyuk (The Master’s Sun, City Hunter) disiarkan secara eksklusif menerusi ONE HD (saluran 393).

Drama ini mengisahkan tentang percintaan seorang puteri duyung terakhir dunia dengan jejaka yang merupakan pemnyelamatnya.

Duyung (Jun Ji Hyun) cuba untuk menyesuaikan dirinya di dunia manusia selepas dikurniakan sepasang kaki. Bagaimanapun tanpa diduga penyelamatnya (Lee Min Ho) merupakan seorang penipu yang sanggup melakukan apa sahaja demi duit.

Pelbagai perkara mencuit hati yang berlaku sepanjang tempoh perkenalan mereka berdua.

Jangan lupa saksikan Legend of The Blue Sea yang bersiaran setiap Khamis dan Jumaat, jam 8.10 malam secara eksklusif di ONE HD (saluran 393).

Teks oleh: Mya Amri