Pelakon Nora Danish sekali lagi menjadi bualan hangat selepas memperkenalkan rekaan tudung terbarunya semalam.

Rekaan yang diberi nama Owl Ezip yang didedahkan menerusi akaun Instagram (IG) itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rata-ratanya menganggap rekaan tersebut agak pelik dan mengarut kerana mempunyai zip dibahagian tengah tudung berkenaan.

Mereka juga mula mempersoalkan apa kelebihan dan kepentingan zip itu kepada mereka yang memakai tudung tersebut.

Tidak cukup dengan itu, gaya tudungnya juga menjadi bahan lawak dan diparodikan oleh seorang wanita sehingga menjadi viral di laman sosial.

Foto viral itu menunjukkan seorang wanita yang memakai tudung telah meletakkan sebuah beg di atas kepalanya dengan zip dibahagian hadapan.

Foto itu telah menerima pelbagai komen lucu daripada netizen antaranya:







Dalam pada itu, Nora bagaimanapun telah menjelaskan fungsi tudung berkenaan menerusi video tutorial yang dimuatnaik di IG sebelum rekaan tersebut menjadi viral.

“I am so excited to show you guys our new Owl EZip semi instant shawl. Wait for our updates anytime and thank u la sesiapa yg buat viral, dapat tempahan banyak dah. Thank u.

“Sesiapa rasa nak tido dalam flight ke apa, senang tutup je muka, tapi jangan la jalan pun tutup , tu tak betul namanya.

“Design dibuat khas untuk mereka yang sukakan kelainan, pada mereka yang sukakan simple design, pun ada. Jadi, pilihan masing masing. Jgn gaduh gaduh ok? Simpan jari jemari anda untuk comment benda yang lebih berfaedah. @owlbynd #musthave #alloccasion #travel #shawl #madewithlove #owlies #owlbynd #tudung,“
tulisnya.