Pelakon jelita Bollywood, Priyanka Chopra berjaya membuktikan kepada ibunya, Madhu Chopra, bahawa dirinya tetap hidup bahagia meskipun kini masih bujang.

Walaupun usianya kini telah mencapai 34 tahun namun dia mampu buktikan bahawa dirinya bahagia walaupun belum berkahwin.

“Priyanka berjaya meyakinkan kepada saya bahawa dia kini tetap hidup bahagia walaupun masih bujang dan jika berkahwin dia tak pasti keadaannya macam mana.

"Selepas mendengar apa yang dikatakan oleh dia, saya jadi tidak bimbang mengenai keadaan statusnya kerana yang penting adalah kebahagian yang dia perolehi," kata Madhu

Priyanka kini merupakan antara artis yang berjaya menerima bayaran tertinggi di Hollywood.

Malah menurut satu laporan media, dia juga merupakan seorang artis dari Bollywood yang menerima bayaran tertinggi di sana.

Dia juga dikhabarkan akan membeli kediaman di Amerika Syarikat (AS) kerana kini lebih banyak melakukan pengambaran di negara itu.

Sementara itu, Priyanka juga kini sedang sibuk menguruskan syarikat produksinya , Purple Pebble Productions.

Olahan : Rozaimi Zubaidi

Sumber: Daily Mail