Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia ketujuh (AF7), Nas Adila baru saja menimang cahaya mata pertama semalam.

Bayi lelaki comel itu dilahirkan secara normal di Hospital Selayang pada jam 6.35 pagi.

Berita gembira itu dikongsi oleh Nas Adila menerusi akaun Instagram (IG) nya empat jam yang lalu dengan kapsyen:

“Alhamdulillah syukur Ya Allah atas Anugerah yang sangat terindah .. Allah permudahkan segalanya.. Saya selamat melahirkan baby boy 3.39kg secara normal pada jam 6.35pg 17/11/2016.

“Saya nak ucapkan jutaan terima kasih pada yg mendoakan hanya Allah yg dpt membalas kebaikan buat kalian,” tulisnya.

Dalam pada itu, suaminya, Aliff Razali juga turut mendedahkan nama pilihan yang diberikan kepada anak sulung mereka.

“Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Syukur yang tak terhingga. Terima kasih pada yang mendoakan kelahiran Muhamad Rizqi Ikhram, 17/11/16, 6.35 am dilahirkan, seberat 3.39 kg. #aliffjr #superdaddy #Alhamdulillah,” tulisnya.

Sementara itu, ruangan komen IG pasangan tersebut menerima banyak ucapan tahniah daripada pengikut IG dan rata-ratanya mendoakan supaya Nas Adila dan anaknya itu berada dalam keadaan sihat.

Terdahulu, Nas dan Aliff selamat mendirikan rumah tangga Disember tahun lalu.

Teks oleh: Mya Amri