Pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli bakal dirai peminat dalam satu majlis persandingan di Singapura, 3 Disember depan.

Amyra Rosli atau Nur Amira Izzati Rosli, 25, berkata dia terkejut apabila diberitahu majlis resepsi ketiga mereka itu diuruskan sepenuhnya oleh kelab peminat dia dan Amar di sana.

"Kami tidak sangka juga apabila diberitahu peminat di Singapura yang mereka bakal adakan sebuah majlis persandingan untuk kami di sana.

"Mereka uruskan semua tajaan dan hal perkahwinan kami sepenuhnya dan hanya meminta kami datang untuk menghadirinya sahaja.


"Apa yang kami diberitahu mereka mendapat tajaan sepenuhnya untuk kami dari baju pengantin hinggalah ke seluruh majlis dan katering.

"Peminat kami sangat supportive dan kami amat menghargai segala usaha mereka selami ini. Kami anggap ini rezeki," katanya kepada Astro Gempak
.
Majlis perkahwinan itu dianjurkan oleh dua kelab peminat mereka di sana iaitu Amyra Rosli Supporter dan Amar Baharin Official Page (ABOP).

Pelakon Cik Bunga Encik Sombong itu diijabkabulkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Rosli Awang dalam sebuah majlis pernikahan di Hotel Premiera Kuala Lumpur pada 11 November baru-baru ini.

Pasangan dua sejoli ini terdahulu mengikat tali pertunangan pada 23 Julai lalu.

Teks oleh: Syafiqah Jalal