Penyanyi Kaka Azraff telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Jumaat.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh suaminya, Adam Azriff menerusi akaun Instagramnya petang tadi.

"Alhamdulillah, terima kasih atas doa semua. Segalanya berjalan lancar dan isteri saya berada dalam keadaan stabil.

"Anak lelaki saya telah selamat dilahirkan dan juga dalam keadaan sihat dan stabil.

"Hari yang paling menggembirakan bagi kami suami isteri sekeluarga," kongsinya.

Alhamdulillah, thank you for your love and prayers everyone. Everything went with ease, my lovely wife is in a stable condition, and my baby boy was safely delivered to us from Allah in a strong and healthy condition. Happiest day for my wife and also our family??❤️

A post shared by Adam Azriff (@helloadamazriff) on


Semalam, penyanyi yang baru melancarkan lagu Diamonds itu berkongsi keadaannya di bawah pemantauan doktor di sebuah pusat perubatan.

Kaka dan Adam telah mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018.