Pelakon terkenal Brad Pitt enggan ditemuramah oleh pihak media ketika muncul pada tayangan perdana filem Moonlight yang diadakan di Los Angeles.

People melaporkan Brad tidak melayan sebarang temuramah daripada pihak media yang berada di karpet merah.

"Pelakon itu melalui karpet merah dan ditemani pelakon Julia Roberts dengan hanya memakai baju-T putih serta digayakan bersama jaket hitam dan berseluar denim.

"Brad juga dilihat enggan melayan pihak media yang ingin menemubualnya ketika merada di laluan karpet merah," kata sumber.

Brad dilihat cuma sempat bersalaman dan bergambar dengan peminat yang hadir pada acara itu.

Mengikut laporan ini merupakan penampilan pertama Brad di hadapan khalayak ramai selepas berpisah dengan isterinya, Angelina Jolie pada September lalu.

Selain itu, Brad juga turut membuat kemunculan pada tayangan perdana filem terbaharunya Allied yang turut dibintangi oleh pelakon Marion Cotillard.

Olahan Oleh : Rozaimi Zubaidi

Sumber : People