Penyanyi Akim Ahmad menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengaitkan sosok badannya yang semakin kurus disebabkan penyalahgunaan dadah.
Jelas Akim, fizikal tubuhnya merosot ekoran kurang rehat dan terlalu sibuk membesarkan anak-anaknya yang masih kecil.
"Kita ada keluarga, jadi perlu jaga aib keluarga dan anak-anak. Tuduhan itu membuatkan saya rasa sakit hati juga.
"Saya kurus sebab menjaga anak, tidur lewat malam sebab nak cari ilham lagu baru dan perancangan karier.
"Selepas itu saya perlu bangun awal pagi untuk menguruskan anak-anak. Secara tak langsung fizikal pun merosot.
"Kadang-kadang makan pun terlepas sebab asyik nak suap anak," jelas Akim kepada Gempak.
Tidak menyalahkan netizen dengan anggapan sedemikian, tambah Akim dia sudah sedia maklum dengan persepsi masyarakat tentang isu dadah dan kaitannya dengan golongan artis.
"Isu dadah sering dikaitkan dengan muzik. Bagi saya nak bermain muzik tak semestinya ada dadah.
"Orang berprasangka sedemikian daripada dulu lagi dan ia berkait sampai sekarang. Cara kami (pemuzik) membuat persembahan di pentas itu seolah-olah ada kaitannya dengan dadah.
"Hakikatnya tiada spesifik individu pun yang terpalit dengan dadah. Ia sebahagian daripada mentaliti masyarakat sebenarnya," tambah Akim lagi.
Akim yang mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Stacy Anam pada Februari 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan Eshaal,2.
Mereka turut mempunyai seorang anak angkat bernama Bella yang kini berusia 7 tahun.
Amri Hassan
Tue Oct 08 2019
Isu Cerai, Bekas Suami Irma Hasmie Perjelas Tiada Unsur Orang Ketiga
Bekas suami pelakon, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan mendedahkan perceraian antara mereka adalah atas keputusan bersama. "Keputusan secara bersama ini dibuat selepas perbincangan serius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah. Perkara penting adalah untuk kerjasama
Bagi Kawal Populasi, Profesor Ini Cadang Makan Burung Merpati
Seorang profesor tempatan baru-baru ini memberikan solusi berani terhadap masalah lebihan populasi merpati di Pulau Pinang.
Didakwa Sudah Tiada Job, Rusdi Ramli Akui Satu Dunia Takut Dengan Netizen Malaysia
Sebagai salah seorang pelaku seni yang sudah lama bergelumang dengan industri, Rusdi Ramli mengaku ‘suasana’ dunia hiburan sekarang sudah banyak berubah.
Terima Aduan Berkaitan Kontroversi Aliff Aziz, SKMM Bakal Buat Siasatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima aduan mengenai tindakan berterusan individu tertentu 'membuka aib' membabitkan hal peribadi selebriti kontroversi, Aliff Aziz di media sosial. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihak berkenaan perlu meneliti aduan terbabit sebelum mengambil sebarang tindakan sewajarnya mengi
The Experts, Filem Aksi Heist Yang Dinantikan 2024! Penonton Teruja Tengok ‘Trailer’ - “Pergh Dah Setandingan American Heist Movies”
Tak sabar nak tengok!
“Saya Tidak Pernah Rasa Semak Dengan Netizen” - Sharifah Sakinah
Sakinah tak gaduh dengan netizen.
Nabil Ahmad Kongsi Sisi Lain Aliff Aziz Ketika Sama-Sama Sertai Jemaah Tabligh - “Dia Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud”
Pernah bersama-sama mengikuti jemaah tabligh sekitar 2020, pengacara Nabil Ahmad berkongsi sisi lain penyanyi Aliff Aziz yang tidak diketahui umum.
Aliff Aziz Belikan Bunga, Coklat Bila Tahu Bella Astillah Ada 'Lelaki Lain', Tapi…
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan tentang kronologi bagaimana dia mendapat tahu yang isterinya, Bella Astillah sedang ‘berkomunikasi’ dengan lelaki lain di belakangnya.
“Kontroversi & Publisiti Pun Penting Tapi…” - Syafiq Kyle
Syafiq Kyle kini semakin matang.
Wanita ‘Bahan’ Aliff Aziz Tak Ada Lesen Memandu Buat Netizen Terhibur - “Aliff Aziz Is Shaking”
Ketiadaan lesen memandu oleh penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz nampaknya menjadi ‘bahan’ usikan warganet di media sosial. Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang wanita membuat hantaran lucu berhubung perkara itu dengan menyatakan persaingannya untuk mendapatkan lesen memandu sebelum Aliff Aziz. “Akhirnya dapat belajar memandu jadi saya boleh