Bintang GegarVaganza 3 (GV 3), Shidi Data yang tersingkir di konsert minggu kelima GV 3 dihadiahkan pakej untuk menunaikan ibadah Umrah.
Penaja utama GV 3, Datuk Seri Vida (DSV) menghadiahkan pakej tersebut kepada Shidi dan isterinya.
"Alhamdulillah, ini merupakan rezeki buat saya dan juga isteri. DSV bermurah hati untuk menghadiahkan pakej Umrah kepada kami.
"Selepas konsert GV 3, DSV bertemu dengan saya dan menyatakan hasratnya. Kata DSV, saya dan isteri boleh pergi bila-bila masa sahaja.
"Menurutnya, dia tidak berpuas hati saya terkeluar malam ini dan dia merasakan saya sudah memberikan yang terbaik, jadi dia menghadiahkan saya pakej untuk menunaikan Umrah," kata Shidi kepada Astro Gempak.
Tidak kecewa disingkirkan di minggu kelima, Shidi belum puas untuk menunjukkan kebolehannya di pentas GV 3.
"Saya tidak kecewa dengan keputusan tersebut tetapi sebagai seorang penyanyi yang mahu menghiburkan penonton, saya masih belum puas untuk menonjolkan kebolehan sebenar saya.
"Sebagai seorang yang beragama Islam, saya percaya kepada rezeki. Peluang saya hanya sampai sini. Walaupun sesuatu perkara itu ada di depan mata saya, tetapi takdirnya bukan untuk saya, perkara itu tetap tak akan menjadi milik saya.
"Tidak saya nafikan, GV 3 merupakan landasan terbaik untuk membuatkan nama saya dikenali semula. Siapa tahu, lebih banyak lagi rezeki untuk saya di luar sana," ujarnya positif.
Shidi yang menyampaikan lagu Ratuku nyanyian asal Awie menjadi bintang keempat tersingkir selepas mendapat kutipan markah paling rendah di akhir konsert minggu kelima.
GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).
Konsert minggu keenam GV 3 bakal membawa tema RockDut dan lapan bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
Mon Nov 14 2016
Individu Hisap Rokok Dalam Premis Makanan Tunjuk Samseng Bila Ditegur - “Dah Lah Salah, Angkat Jari Bagai..”
Sepotong video merakamkan seorang individu dipercayai merokok dalam sebuah premis makanan berjaya menarik perhatian netizen.
Netizen Serkap Jarang Tuduh Peminat Nadhir Nasar Sebagai Terlalu Obses, Ini Respons Tuan Punya Badan
Mengakui ia bukanlah hal yang besar, Nadhir berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan video tersebut.
Ruhainies Kongsi Kisah Sebenar Video Di Lapangan Terbang - "Dunia Ni Dah Terlalu Tenat & Penuh Dengan Fitnah"
Ruhainies tampil memberi penjelasan mengenai cerita sebenar di sebalik video berkenaan.
Selepas Tular Video Minta Job, Datuk Red Kini Jadi ‘Model’ Baju Raya Jakel!
Usahawan kontroversi, Datuk Red berjaya menarik perhatian ramai baru-baru ini apabila dipilih menjadi model baju raya bagi jenama tekstil popular, Jakel.
Ruhainies & Aliff Aziz Dirakam Berada Di Lapangan Terbang
Selepas beberapa ketika mendiamkan diri susulan kes tangkap khalwat, pelakon Ruhaines dilihat sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) bersama penyanyi dan dramatis Aliff Aziz.
“Bahagianya Dapat Jiran Macam Ni” - Penduduk Berbilang Kaum Turut Sama Join Vibe Raya, Siap Tolong Pasang Hiasan
Best dapat jiran sporting macam ni kan.
Abang Tesla Mahu Bantu Datuk Red Bina Perniagaan & Langsaikan Hutang - “Saya Terpanggil…”
Abang Tesla nak bantu Datuk Red.
PM Anwar Beri Bayangan Tiada 'Cuti Tambahan' Sempena Sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri memberi bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri April depan.
Datin Patimah Akui Kembali Gembira Tahun Ini - “Alhamdulillah, Saya Lebih Sihat…”
Isteri kepada pengarah Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail mengakui kesihatannya bertambah baik sepanjang melalui bulan Ramadan pada tahun ini.
Farez Adnan Nafi Ciplak Lagu Raya Aliff Syukri – “Saya Bayar Lebih Daripada Datuk”
Kecoh baru-baru ini mengenai kes lagu raya usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa telah diciplak oleh penyanyi dan komposer lain.