Memecahkan rekod untuk kali ketiga, penyanyi Neeta Manishaa telah dinobatkan sebagai VIVO BBNU Of The Week untuk minggu ketujuh Big Stage 2019!

Neeta juga dinobatkan sebagai pemenang tempat naib juara di konsert akhir Big Stage 2019 malam tadi.

Pemenang VIVO BBNU Of The Week dari konsert ketujuh itu diumumkan di pentas akhir program realiti Big Stage 2019 yang berlangsung dengan meriah di Dewan Auditotrium Majlis Bandaraya Shah Alam malam tadi.

Buat kali ketiga juga, Neeta telah menerima plak penghargaan dari VIVO ketika selesai persembahannya di konsert akhir malam tadi..

VIVO BBNU Of The Week dipilih selepas menerima undian tertinggi sebagai peserta yang membuat persembahan terbaik pada minggu itu.

VIVO BBNU Of The Week boleh diundi menerusi bigstage.gempak.com dan undian dibuka selama seminggu bermula pada penghujung konsert minggu lalu sehingga hari Ahad jam 6 petang.

Minggu lalu menyaksikan tujuh peserta yang berasal dari Malaysia, Indonesia dan Korea Selatan berentap di pentas pembukaan Big Stage 2019.

Pada minggu akhir ini, penyanyi Misha Omar diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iatu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, Big Stage 2019 dibawakan kepada anda oleh VIVO dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.


Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!