Status Twitter pelakon dan penyanyi Maya Karin mengenai kanak-kanak dari Terengganu yang tidak dapat menjawab soalannya dalam bahass Inggeris mendapat perhatian dan kecaman banyak pihak.

Menerusi status tersebut, Maya menceritakan pengalamannya bertanyakan soalan kepada kanak-kanak berusia 10 tahun ketika berada di Terengganu.

“Saya bertanya kepada seorang kanak-kanak perempuan ketika di Terengganu ‘How Old Are You’ *senyap.

“‘How old are you?’ *senyap again.

“Jadi saya ubah soalan itu kepada ‘Adik umur berapa tahun?’ Terus jawab ‘10 tahun’.

“Fikirkanlah,” tulisnya.



Status itu turut mendapat perhatian seorang pengguna laman Facebook yang mendakwa seolah-olah Maya memperlekehkan orang yang berasal dari negeri tersebut.


Namun Maya sebentar tadi tampil menjelaskan mengenai status yang dimuat naiknya itu.

Jelasnya dia tidak berniat untuk memperlekehkan sesiapa dan tidak hanya fokus kepada rakyat negeri itu sahaja sebaliknya mahu orang ramai beri perhayian kepada mutu pendidikan dan daya keyakinan pelajar.



A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata meminta selebriti tersebut agar lebih berhati-hati dalam kenyataannya kepada umum supaya tidak menyentuh sensitiviti pihak lain.