Pelakon Serina Redzuawan mendakwa telah difitnah oleh isteri kepada bekas suaminya Gavin Edward O'Luanaigh dengan pelbagai tomahan.

Malah Serina turut mendakwa wanita tersebut cuba memburukkan bapanya dengan menuduh Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan telah melakukan perkara tidak baik kepada cucunya sendiri.

“Dengan nama Allah yang maha pengasih, penyayang serta berkuasa di muka bumi ini, kata kata biadab dari seorang mualaf yg berpura pura peluk agama Islam dan telah berkahwin dengan bekas suami I.

“Biar you hina I dan keluarga, tapi jangan kurang ajar hina Allah! sekarang cuba memfitnah I macam macam, I senyap dia keluarkan banyak statement di IG hina, kutuk I dan my father.

“Tuduh my father cuba nak buat benda tak baik pada cucunya sendiri? Gila ke apa? Memang selama ni apa yg I cakap I tak tipu I gunakan Allah sebagai saksi, pekara haram yang di buat depan mata hanya I dan Allah yang nampak, you berani pertikaikan Allah saksi?" tulisnya.

Luahan hati Serina itu dikongsi di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Serina mendedahkan beberapa dakwaan tuduhan serta fitnah yang difahamkan dilakukan oleh isteri bekas suaminya itu.

Tambah Serina lagi, dia mendakwa mula rasa terniaya apabila sudah tidak dibenarkan berjumpa dengan anak-anaknya sendiri sesuka hati selepas hak penjagaan jatuh kepada bekas suaminya.

”Hak penjagaan kepada bapa sebab dulu Gavin janji nak jaga anak bersama-sama, I mula rasa teraniaya bila dia halang I jumpa kids di sekolah dan jemput balik sekolah, dulu semua ok.

“Now only weekend je dapat jumpa, sedangkan ibu sepatutnya tak perlu ada sekatan nak jumpa anak. Yerlah dah ada cinta hati baru semua berubah.

“Janganlah nak belagak nak tunjuk kononya ibu tiri yang baik, pastu kata I abaikan dan tinggalkan anak macam tu je, never happen. Racun otak anak anak macam-macam. Diorang jadi mangsa keadaan now,” katanya lagi.

Kini, Serina dalam proses memohon hak penjagaan terhadap anak-anaknya sekali lagi selepas bimbang mereka kurang didikan agama.

“Permainkan agama, memang I fight balik sebab I risau hal agama anak anak sebab dua dua tak ikut cara islam dalam kehidupan.

"I ada hak sebagai ibu untuk tuntut apa yang dijanji. You tak perlu sibuk biar mahkamah tentukan keputusan.

“Seronok dan bangga rampas hak orang. Ingat apa yang u buat akan terima balasan dari Allah, roda berputar wahai K....” dakwanya lagi.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar urusan Serina dipermudahkan.

Serina dan Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar, bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak, Tristan Tareef, 8, dan Isabella Saffiya, 6.

Terdahulu, Serina memberikan hak jagaan sementara anak-anak kepada Gavin selepas mereka bersepakat menjaga Tristan dan Isabella dengan cara tersendiri.
View this post on Instagram

Dengan nama Allah yg maha pengasih, penyayang serta berkuasa di muka bumi ini, kata kata biadab dari seorang mualaf yg berpura pura peluk agama islam dan telah berkahwin dengan bekas suami i, biar u hina i dan keluarga, tapi jangan kurang ajar hina Allah! sekarang cuba memfitnah i macam macam, i senyap dia keluarkan banyak statement di IG hina, kutuk i dan my father. Tuduh my father cuba nak buat benda tak baik pada cucunya sendiri? Gila ke apa? Memang selama ni apa yg i cakap i tak tipu i gunakan Allah sebagai saksi, pekara haram yg di buat depan mata hanya i dan Allah yg nampak, u berani pertikaikan Allah saksi? hak penjagaan kepada bapa sebab dulu Gavin janji nak jaga anak bersama sama, i mula rasa teraniaya bila dia halang i jumpa kids di sekolah dan jemput balik sekolah, dulu semua ok .Now only Weekend je dapat jumpa,sedangkan ibu sepatutnya tak perlu ada sekatan nak jumpa anak. Yerlah dah ada cinta hati baru semua berubah. Janganlah nak belagak nak tunjuk kononya ibu tiri yg baik, pastu kata i abaikan dan tinggalkan anak macam tu je, never happen. Racun otak anak anak macam macam. Diorang jadi mangsa keadaan now. Permainkan agama, memang i fight balik sebab i risau hal agama anak anak sebab dua dua tak ikut cara islam dalam kehidupan. I ada hak sebagai ibu untuk tuntut apa yg dijanji. U tak perlu sibuk biar mahkamah tentukan keputusan.Seronok dan bangga rampas hak orang. Ingat apa yang u buat akan terima balasan dari Allah, roda berputar Wahai K....

A post shared by Serina Datuk Redzuawan (@serinaredzuawan) on