Pelakon Noorkhiriah mengungguli minggu kelima program All Stars Buka Panggung (ASBP) yang berlangsung malam tadi.

Bergelar juara mingguan, Noorkhiriah menewaskan Fauzi Nawawi, Izzue Islam dan Mona Allen

Sebelum ini, Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor, Zulhuzaimy dan Rita Rudaini bergelar juara untuk episod mingguan ASBP.

Pada minggu kelima, setiap pelakon perlu menjayakan dua segmen dan mereka harus menjayakan babak secara spontan bersama gandingan sama ada Ajak atau Shahrol serta artis undangan seperti Shiha Zikir, Cat Farish, Atu Zero, Pak Ya dan Imuda.

Menggungguli markah keseluruhan, Noorkhiriah telah berjaya mengalahkan tiga peserta lain pada minggu keempat ASBP dengan kutipan markah sebanyak 54.86 peratus.

Manakala, tempat kedua diikuti oleh Fauzi Nawawi (29.09%), Izzue Islam (11.49%) dan tempat keempat, Mona Allen dengan markah sebanyak 4.57%.

Noorkhiriah memenangi RM4,000 berserta trofi dan wang tersebut telah disumbangkan kepada pelakon veteran tanah air Hisyam Ahmad Tajudin.

Noorkhiriah bakal berentap bersama pemenang episod-episod lain pada pusingan separuh akhir pada minggu keenam nanti.

Pusingan akhir pula akan berlangsung pada minggu ketujuh.

ASBP merupakan rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip.

Program ini menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara.

Primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira pula menggalas tugas sebagai Seri Dewi Panggung.

ASBP disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Program ini akan bersiaran selama 7 minggu pada setiap Jumaat, pukul 9 malam secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam.