Pelakon baru, Fad Anuar mengatakan dia tidak memerlukan kontroversi untuk membina populariti dalam industri hiburan tanah air.
Menurut Fad, dia lebih selesa dikenali ramai disebabkan kualiti lakonan, bukan aspek lain.
"Kalau boleh, saya nak orang kenal saya kerana kualiti, saya tak perlukan kontroversi.
"Walaupun masyarakat mahu membaca atau mendengar kontroversi mengenai artis, namun saya sendiri mahu menolak perkara sebegitu," ujarnya.
Fad berkata demikian ketika ditemui selepas Tayangan Perdana Filem Geran bertempat di e-Curve, Petaling Jaya malam tadi.
Dalam pada itu, Fad juga berhasrat untuk mengangkat martabat warisan Melayu dalam lakonannya selepas ini.
"Saya sangat menyukai warisan Melayu seperti pakaian tradisional dan seni pertahankan diri seperti silat.
"Saya mahu mengangkat warisan kita dengan menonjolkan dalam lakonan saya selepas ini," tambahnya.
Filem Geran arahan Areel Abu Bakar ini menampilkan aksi silat dan mengisahkan tentang masalah keluarga yang berhadapan dengan ugutan lintah darat.
Selain Fad, filem ini turut menampilkan Aeril Zafrel, Namron, Azlan Komeng dan ramai lagi.
Ia bakal menjengah pawagam bermula 10 Oktober ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Asraf Aided
Thu Oct 03 2019
Kekasih Dikutuk Gempal & Tak Cantik, Pemain Bola Bernilai RM562 Juta, Declan Rice Tetap Setia
Declan Rice mungkin sedang memegang status pemain tengah terbaik dunia.
Anne Hathaway Jijik Cium Mulut 10 Pelakon Lelaki Waktu Uji Bakat Untuk 1 Watak
Aktres Anne Hathaway mendedahkan pernah melalui fasa kurang disenangi sewaktu awal pembabitannya sebagai pelakon.
Cuba Jadi Suami Terbaik, Aamir Khan Ditampar, Digigit Bekas Isteri
Ada satu individu yang ‘berani’ memberi layanan buruk sehingga tahap mampu menampar Aamir Khan.
Bintang Spider-Man, Tom Holland Nak Kahwin Aktres Zendaya
Kisah cinta pasangan popular Tom Holland dan Zendaya memang menjadi perhatian.
Ruhainies Minta Cadangkan Rawatan ‘Rambut Kejung’, Netizen Pula Syak Pertanyaan Dituju Buat Sarah Yasmine?
Nampaknya, hal berkaitan Ruhainies dan Sarah Yasmine masih belum reda.
“Tunggu Sophia Sendiri Beri Kenyataan” - Pengurusan Sophia Albarakbah
Ini pula komen isu melibatkan Aliff Aziz dan Sophia.
“Kalau Kita Tak Tengok & Dengar Komen Orang Dari Luar Saja, Tak Adil,” - Awie
Kena tengok dahulu filem itu.
Tak Tinggal Sebumbung, Nora Danish Akui Rumah Tangga Bergolak
Ini penjelasan Nora tentang rumah tangganya.
“No Comment..” - Meerqeen Tak Mahu Ulas Panjang Tentang Sarah Yasmine
Tuan badan dah respon.
Adira Suhaimi Sedia Pikul Status Ibu Tunggal - “Nak Atau Tidak, Kena Juga Harungi”
Semoga Adira baik-baik saja.