Sekali Lafaz, Amyra Rosli Sah Menjadi Isteri Amar Baharin
Dengan sekali lafaz, pelakon Amar Baharin, 31, selamat bergelar suami kepada pelakon jelita Amyra Rosli kira-kira jam 5.15 petang, Jumaat.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Rosli Awang dalam sebuah majlis pernikahan di Hotel Premiera Kuala Lumpur.
Pernikahan mempelai ini disempurnakan oleh jurunikah daripada Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim.
Amar Baharin menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,111 kepada Amyra Rosli atau Nur Amira Izzati Rosli, 25.
Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak serta pihak media.
Amar turut menghadiahkan tujuh dulang hantaran kepada pengantin perempuan dan dibalas sembilan, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Mempelai mengenakan busana serba putih yang direka khas oleh Rizman Ruzaini.
Pasangan dua sejoli ini mengikat tali pertunangan pada 23 Julai lalu.
Majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan di lokasi yang sama jam 9 malam, pada Sabtu, 12 November.
Manakala majlis resepsi bagi pihak lelaki bakal diadakan di Ampang pada 19 November depan.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Rozaimi Zubaidi
Fri Nov 11 2016
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.