Pelakon Juvana, Idzham Ismail menerusi laman sosial Instagram miliknya memberitahu isterinya kini sedang hamil cahaya mata pertama mereka.

Video yang dimuat naik di akaun Instagramnya itu menunjukkan ultrasound scan yang dipercayai bayi dalam kandungan isterinya.

Menerusi video tersebut, Idzham menulis kapsyen seperti berikut:

"Asslamulaikum Jr #3monthsold"

Ia secara tidak langsung memberitahu bayi dalam kandungannya kini baru memasuki usia tiga bulan.

Idzham dan isteri, Siti Nur Abilah Shamsudin bernikah pada 27 Ogos lalu

Teks oleh: Syafiqah Jalal