Pelakon Ruhainies, 27, mahu kurang memberikan ulasan atau komen mengenai hal peribadi, lebih-lebih lagi yang berkait dengan cinta.

Sejak kebelakangan ini, pelakon drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu ini sering dihambat dengan kontroversi berkaitan kisah cintanya dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Mr E.

Pemilik nama Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas ini mahu lebih bercakap mengenai soal karier berbanding privasi.

"Kalau boleh, saya nak kurangkan bercakap mengenai soal peribadi. Selepas ini, saya mahu lebihkan bercakap soal karier. Sejujurnya, saya sedar kisah hubungan cinta saya lebih diperkatakan berbanding cerita berkaitan kerjaya," katanya.

Tegas Ruhainies, dia tidak pernah menjaja kisah cintanya kerana dia hanya menjalankan tugas untuk menjawab soalan yang diajukan oleh pihak media.

"Bila orang tanya saya mengenai kisah peribadi, terutamanya pihak wartawan, memang saya akan jawab. Bukan saya yang cari, mereka yang bertanya... Saya hanya menjawab dan faham dengan niat mereka.

"Tetapi, jika ada netizen yang bertanya di laman sosial, memang saya tak 'reply' persoalan mereka," katanya.

Ruhainies ditemui usai minggu keempat All Stars Buka Panggung (ASBP) di Royal Theatre, Shah Alam pada Jumaat.

Apa punya nama la. Nama macam motor pulak. #RuhainiesASBP ? Jangan lupa undi di www.gempak.com/allstarsbukapanggung. Jumaat 9 Malam di Astro Warna, Warna HD dan juga di Astro GO. #AllStarsBukaPanggung #KatakanTidakPadaSkrip #ASBP #ASBP19 @ruhainies7 @shahrol_shiro @black.hanifah

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on


Bertarung dengan tiga pelakon lain iaitu Datuk Fizz Fairuz, Rita Rudaini dan Johan Asari, Ruhainies mengakui dirinya gugup untuk berada di pentas ASBP.

"Saya tak nafikan yang saya sangat gementar. Sebelum ini saya pernah mendapat beberapa tawaran untuk menjayakan teater, tetapi semuanya saya tolak kerana belum mempunyai kekuatan dan keyakinan diri.

"Namun begitu, tawaran ASBP saya terima kerana mahu mencabar diri. Sampai bila saya mahu takut dan tidak mahu mencuba perkara baru. Alhamdulillah, saya dapat menimba pengalaman baru. Apa yang penting, semua pihak 'enjoy' melihat kami di ASBP," katanya lagi.

Rita yang menewaskan Ruhainies, Fizz dan Johan bakal berentap bersama pemenang episod-episod lain pada pusingan separuh akhir di minggu keenam nanti.

Pusingan akhir pula akan berlangsung pada minggu ketujuh.

Rita memenangi RM4,000 berserta trofi dan wang tersebut telah disumbangkan kepada pelakon veteran tanah air yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Ramli Mohamad atau lebih dikenali sebagai Pak Limra.

Segmen beregu @ritrud727 bergabung dengan @fizzfairuzofficial dan @ruhainies7 bersama @johanarrif_asari di #AllStarsBukaPanggung jam 9 Malam! di Astro Warna, Warna HD dan juga di Astro GO. #AllStarsBukaPanggung #KatakanTidakPadaSkrip #SeriDewiPanggung #ASBP #ASBP19 #FizzFairuzASBP #RuhainiesASBP #RitaRudainiASBP #JohanAsariASBP

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on


Merupakan ahli Persatuan karyawan Malaysia, kini Pak Limra berada di Pusat Jagaan Mahmudah Warga-Warga Tua di Semenyih, Selangor.

ASBP merupakan rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip.

Program ini menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara.

Primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira pula menggalas tugas sebagai Seri Dewi Panggung.

ASBP disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Program ini akan bersiaran selama 7 minggu pada setiap Jumaat, pukul 9 malam secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam.