Anak sulung pelakon Diana Amir, Khaulah Al Azwar begitu gembira dan tidak sabar untuk bertemu adiknya setelah melihat video imbasan ultra bunyi yang ditunjukkan oleh ibunya.

Reaksi Khaulah itu telah dirakamkan dan dimuatnaik oleh Diana melalui akaun Instagram (IG)nya pada Selasa.

Walaupun tiada wajah Khaulah yang dipaparkan namun suara comel Khaulah yang teruja menyebut ‘adik’ beberapa kali selepas melihat imej bayi dalam kandungan itu bergerak-gerak cukup membuatkan pengikut IGnya ‘tersenyum’.

Menerusi kapsyen video itu juga, Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim memberitahu bayi dalam kandungannya berada dalam keadaan sihat.

“Dengar x my clever girl #babykhawlah excited nak ada adik ❤️❤️ alhamdulillah semua normal, permudahkanlah Ya Allah #29weeks #7monthspregnant “ tulisnya.

Dalam pada itu, video yang dikongsi oleh Diana menerima lebih 17,000 likes dan rata-ratanya memuji kebijaksanaan Khaulah selain mendoakan kesejahteraan aktres tersebut.

Terdahulu, Diana dan Mohd Habib Bullah A.Rahman telah berkahwin pada 25 Oktober 2013.

Teks oleh: Mya Amri


Dengar x my clever girl #babykhawlah excited nak ada adik ❤️❤️ alhamdulillah semua normal, permudahkanlah Ya Allah #29weeks #7monthspregnant

A video posted by + Ustazah Dr Khawlah ? (@dianaamir) on