Meremang... Memang menyeramkan!

Teaser trailer untuk filem terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47, Pusaka baru sahaja dikeluarkan pada jam 9.30 malam tadi.

Membariskan nama-nama besar, filem ini mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid.

Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Ahmad Daud, Faizal Hussein, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Filem ini bakal ditayangkan pada 31 Oktober ini di pawagam seluruh Malaysia.

Bagi anda yang belum menyaksikan lagi teaser trailer filem Pusaka, jom kita tonton video terbabit:

[TEASER TRAILER PUSAKA] #PUSAKA yang harus diwarisi! Adakah ia sebagai pelindung atau petaka? Apa yang terjadi pada keluarga mereka selepas ni, semuanya atas kau! PUSAKA DI PAWAGAM 31 OKTOBER INI! #FilemPusaka @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.