Selepas lima musim bersiaran, Gegar Vaganza (GV) musim terbaru bakal kembali menggegarkan anda semua.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi laman sosial Instagram (IG) @gegarvaganzaoffcial sejak pagi Rabu.

Menerusi dua posting yang dimuat naik, warga net sudah mula berteka-teki dan menyebut beberapa nama bintang yang bakal menyertai GV musim keenam ini (GV 2019).

Antara nama yang disebut warga net ialah, Khalifah Yabang, Nurfatimah, Sham Visa, Joey, Wann, Naqiu Boboy, Deeja Moss, Azie dan beberapa nama bintang popular era 90an.

Rata-rata yang meninggalkan komen menyatakan rasa teruja dan tidak sabar menantikan program realiti paling popular tersebut.

Difahamkan GV 2019 akan mula bersiaran pada pertengahan Oktober ini dan pengumuman mengenainya akan dilakukan beberapa hari sahaja lagi.

Oleh itu, nantikan perkembangan mengenai GV 2019 dari semasa ke semasa bersama kami di Gempak!

Mangsa culik pertama. Tau tak siapa? #GegarVaganza2019 #GV2019 #GV6

A post shared by Gegar Vaganza Official (@gegarvaganzaofficial) on