Pengarah Nadiah Hamzah seronok apabila dapat berkongsi ilmu dengan golongan muda dalam acara #MyDigitalMaker Fair 2019 yang berlangsung pada hujung minggu lalu.

Menurut Nadiah, acara ini memberikan satu dimensi baru untuk anak muda yang berminat dan mahu bergiat dengan dunia digital.

"Pada hari pertama acara ini, saya bertindak sebagai panel untuk Forum Tech Talent yang membincangkan tajuk 'What’s The Future For Young Talent'. Saya rasa sangat bertuah dan berbesar hati kerana dapat berkongsi pengalaman bersama Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac dan Sharifah Nadira Syed Nurshadir yang merupakan finalis bagi Asian Youth Video Contest 2019.

"Hari kedua pula, saya dengan beberapa pembikin filem terlibat dengan bengkel mengenai penceritaan dalam dunia perfileman dan komersial kepada 60 orang pelajar yang hadir. Sambutan sangat memberangsangkan dan saya seronok dapat berkongsi dengan anak-anak muda," jelas Nadiah.

Such an inspiring and humbling experience. Hearing @hansisaac & @nadiahhamzah’s story was so insightful and it made me realise how i’ve got such a long journey to get to where i want to be, nonetheless its days like this.. given the opportunity to meet passionate filmmakers that remind me to keep on going!

A post shared by nadira (@sharifahnadira) on

Today was a full day for the JohnyBikinKopi crew as we taught 60 kids about creating stories for film at #mydigitalmakerfair2019! While we recover from all the action and excitement, we will be closed tomorrow and resuming business as usual starting Tuesday 17/9 so see you then!

A post shared by Johny Bikin Kopi (@johnybikinkopi) on


Gerakan #MyDigitalMaker merupakan inisiatif akademik awam-swasta yang bermula dua tahun lepas dan ia telah memberi manfaat kepada lebih 700,000 belia di seluruh negara dengan membantu mereka menyediakan diri untuk pekerjaan pada masa depan.

Merupakan sebuah inisiatif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) disokong oleh Kementerian Pendidikan, sektor awam dan swasta, universiti, syarikat pemula niaga dan pertubuhan bukan kerajaan, #MyDigitalMaker Fair 2019 berlangsung selama dua hari pada 14 dan 15 September lalu di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Tambah pengarah ini lagi, dia juga cemburu dengan 'kemudahan' yang diberikan kepada anak-anak muda masa kini.

"Terbit juga rasa 'cemburu' dengan pelajar yang datang kerana sewaktu saya muda, belum ada acara sebegini. Sejujurnya, acara ini sangat bagus dan memberikan peluang untuk generasi baru meneroka potensi mereka dalam dunia digital kerana ia adalah masa depan kita," katanya lagi.


Dalam perkembangan terbaru, filem arahan Nadiah, Motif bakal menjengah pawagam bermula 26 September ini.

Motif membariskan pelakon berbakat seperti Datuk Rosyam Nor, Sharifah Amani, Iedil Dzuhrie Alaudin, Taqim Zaki, Azhan Rani, Khalid Salleh, Sherie Merlis dan ramai lagi.

Kredit foto: Instagram @sharifahnadira, @mobahir, @johnybikinkopi