Netizen Malaysia telah melancarkan kempen ‘blow back the haze’ bertujuan untuk menghantar kembali jerebu yang dihasilkan oleh negara jiran, Indoensia.

Hal ini berikutan negara tersebut menafikan penghasilan asap merbahaya yang menyelubungi Kuala Lumpur dan beberapa tempat di sekitar negara ketika ini.

Malah, Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, Siti Nurbaya turut menuduh asap yang masuk ke Kuala Lumpur itu berpunca dari Sarawak.

Menerusi tinjauan Gempak di laman sosial, seorang pengguna @Iamkanahraf mencadangkan satu kaedah untuk menghantar kembali jerebu tersebut ke negara terbabit.

Memilih tarikh 16 September, netizen itu datang dengan idea tersendiri untuk melancarkan hari ‘blow back the haze’.

Melihat kepada respon orang ramai di laman sosial terbabit, rata-rata netizen bersetuju dengan cadangan itu dan akan menyahut kempen tersebut pada 16 September ini.

Malah, ada yang turut mengeluarkan idea lucu untuk mengembalikan asap jerebut tersebut balik ke negara asalnya.

Setakat ini, ciapan terbabit meraih hampir 16,000 ulang kicau dan lebih 8,000 tanda suka.

Dua minggu lalu, pantai barat Semenanjung Malaysia dan Sarawak mula berdepan dengan masalah jerebu susulan kebaran hutan di enam wilayah di Indonesia.