Pelakon Izreen Azminda kini menceburi bidang perniagaan dengan melancarkan empat jenis minyak wangi berjenama Lurve Me serentak, khas buat pengemar wangian dan peminatnya.

Bekas perserta Gempak Superstar ini memberitahu kesemua empat jenis wangiannya mampu menarik perhatian pengguna terutama golongan wanita yang mementingkan kecantikan dan menjaga personaliti .

“Idea untuk menghasilkan minyak wangi sejak tahun lepas lagi, saya pula memang suka minyak wangi dan mempunyai koleksi yang sangat banyak di rumah.

“Saya terfikir untuk mengeluarkan minyak wangi sendiri selepas melihat jenama sedia ada di pasaran yang dijual dengan harga yang mahal dan bukan semua golongan mampu membelinya.

“Minyak wangi Lurve Me dijual dengan harga RM39.90 dan saya rasa semua orang mampu untuk memilikinya. Saya lancarkan empat bauan sekaligus iaitu Lusty Gold, Crush Red, Cravers Pink dan Melty Blue," katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Lurve Me di Horizon Bangsar South, baru-baru ini.

Tambah Izreen lagi, minyak wanginya mudah di bawa ke kemana-mana dan boleh digunakan ketika solat.

“Istimewanya minyak wangi saya ini ialah botolnya yang unik dan mudah digunakan. Saya yang berikan untuk rekaan botolnya serta memilih bau.

“Apa yang saya harapkan, Lurve Me mendapat sambutan yang hangat daripada semua,” katanya teruja.

Lurve Me boleh dibeli menerusi laman web emarketplace atau Instagram rasmi @lurvemebyizreenazminda.

Perniagaan Izreen turut mendapat kerjasama daripada Dagang Nexchange Berhad (DNex) yang turut membantu memasarkan produk wangian ini.

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir