Jaclyn atau Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 38, berkata, dia sentiasa akan memastikan mempunyai rehat yang cukup untuk sihat dalam menguruskan kerjaya seninya dan anak.

"Sebelum ada anak pun saya harus mempunyai rehat yang cukup untuk menjaga kesihatan diri ketika melakukan persembahan.

"Saya harus pandai membahagikan masa untuk kerja, rehat dan anak kerana itu merupakan perkara penting untuk saya," katanya kepada Astro Gempak.

Jaclyn berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Konsert High Note 2016, di Bilik Seri Nilam, Istana Budaya, Kuala Lumpur, disini Khamis.

Tambah Jaclyn, walaupun sudah bergelar ibu dia tidak terfikir untuk memperlahankan karier muziknya.

Sebaliknya dia yakin dapat membahagikan masa dengan baik tanpa mengabaikan keluarga dan anak.

Bercerita mengenai konsert High Note 2016, akan diadakan pada 25 hingga 27 November ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

Selain Jaclyn, konsert ini akan mengabungkan dua artis bersuara tinggi iaitu Ziana Zain dan Azlan Typewriter.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi