Penyanyi Ismail Izzani meluahkan rasa rindu kepada sahabat baiknya, penyanyi Zynakal.

Menerusi laman sosial Instagram, Ismail berkongsi sekeping foto keluarga bersama Zynakal untuk tatapan umum.

“Zyn get well soon. Aku dengan mama rindu kau.

“Please come back, we miss you. Doakan Zyn kembali pulih macam dulu guys thank you,” tulis Ismail sebagai kapsyen.

- zyn get well soon aku dengan mama rindu kau. Please come back , we miss you. Doakan zyn kembali pulih macam dulu guys thank you

A post shared by ONE & ONLY (@ismailizzani_) on


Difahamkan kedua-dua penyanyi ini sememangnya mempunyai hubungan yang baik.

Malah, Zynakal turut rapat dengan ibu Ismail, Datin Suliza Salam.

Meninjau ruangan komen, ramai netizen yang turut sama mendoakan penyanyi itu cepat sembuh dan dapat kembali ke pangkuan keluarganya secepat yang mungkin.



Terdahulu, Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Razqi Rosli ditahan polis selepas bertindak mencekik seorang pekerja sebuah stesen minyak di Ampang, Kuala Lumpur.

Atas kesalahan itu, dia diperintahkan untuk membayar hukuman denda sebanyak RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ampang.

Malah, minggu lalu penyanyi lagu Terbang itu telah ditahan di wad psikiatri, Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan menghidap Bipolar Mania, sejenis masalah gangguan mental.