Penyanyi Neeta Manishaa peserta program realiti Big Stage 2019 dinobatkan sebagai VIVO BBNU Of The Week untuk minggu keempat.

Pemenang VIVO BBNU Of The Week dari konsert ketiga itu diumumkan di konsert keempat program realiti Big Stage 2019 yang berlangsung dengan meriah di Dewan Auditotrium Majlis Bandaraya Shah Alam malam tadi.

Neeta telah menerima plak penghargaan dari VIVO ketika selesai persembahannya di minggu keempat.

VIVO BBNU Of The Week dipilih selepas menerima undian tertinggi sebagai peserta yang membuat persembahan terbaik pada minggu itu.

VIVO BBNU Of The Week boleh diundi menerusi bigstage.gempak.com dan undian dibuka selama seminggu bermula pada penghujung konsert minggu lalu sehingga hari Ahad jam 6 petang.

Minggu lalu menyaksikan 10 peserta yang berasal dari Malaysia, Indonesia, Korea Selatan, Thailand dan Brunei berentap di pentas pembukaan Big Stage 2019.

Pada minggu ini, penyanyi Jaclyn Victor diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iatu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh VIVO dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.




Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!