Penyanyi, pelakon dan pengacara Big Stage 2019, Alif Satar tidak melihat pengunduran Aziz Harun pada konsert minggu ketiga baru-baru ini sebagai langkah untuk penyanyi muda itu bersara daripada bidang muzik.

BACA: Big Stage 2019: “Memang Kacau Mental, Tapi...” - Aziz Harun Tak Guna Alasan Sambung Belajar Untuk Tarik Diri

Kata Alif, tindakan itu dibuat sejajar dengan impian keluarganya untuk melihat dia berjaya dalam bidang ilmu lain selain bidang seni.

"Aziz menarik diri kerana mahu meneruskan hasrat untuk sambung belajar, memandangkan kedua-dua ibu bapanya juga semakin tua dan mahu melihat dia memperoleh sesuatu selain bidang muzik.

"Jadi, kita menghormatinya. Saya sebagai rakan dan ada antara peminatnya juga percaya dan memperakui dia memang berbakat.

"Banyak bantuan yang dia hulurkan pada saya dalam penulisan lagu sebelum ini dan saya tak rasa dia akan berhenti daripada bidang muzik ini.

"Cuma sekarang dia ada sesuatu yang perlu dikejar dan saya doakan yang terbaik buatnya," katanya memetik laporan HLive.

Minggu lalu, bintang kelahiran Brunei itu mengumumkan penarikan diri daripada pentas Big Stage 22019 selepas selesai menyanyikan lagu tugasannya.

Pelantun lagu Jauh itu dijangka akan berangkat ke United Kingdom untuk menyambung pengajian dalam bidang Ekonomi Perniagaan di University of East Anglia, Norwich pada 15 September ini.

Rancangan Big Stage 2019 ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).