Pelakon terkenal Fasha Sandha telah meraikan hari ulangtahun kelahiran kedua, Putri Raysha Jemaima di Hartamas baru-baru ini.

Beberapa keping foto di majlis ulangtahun tersebut telah dikongsikan menerusi akaun Instagram (IG) Fasha.

Kemunculan bekas suami Fasha, Rizal Ashram Ramli atau Jejai ke majlis tersebut telah mendapat reaksi positif peminat dan pengikut IG aktres Lara Aishah itu.

Pengikut di IG memuji ketabahan dan sikap profesional Fasha apabila dia dan Jejai bersama-sama Jemaima ketika acara memotong kek.

Mereka turut mendoakan agar Fasha dan Jejai disatukan semula selepas melihat keme

Antara komen-komen peminat ialah ‘Semoga family Fasha bersatu semula, happy birthday Jemyma.’

‘Keluarga yang bahagia, mudahan Tuhan satukan kembali dan Fasha dan alangkah baiknya kalau you all bersatu semula.”

Apa-apa pun, apa yang berlaku antara Fasha dan Jejai hanya mereka berdua sahaja yang tahu dan menjadi simpanan rahsia antara mereka.

Kehadiran Jejai ke majlis hari lahir itu menunjukkan dia seorang yang sangat positif mengenai tanggungjawabnya kepada anak-anak.

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir