Pengarah dan penerbit popular, Michael Ang meluahkan rasa syukur apabila drama bersiri arahannya, Sweet Dreams menerima sambutan baik penonton.

Menerusi sedutan video di Instagram (IG), Michael menjelaskan sebab mengapakah drama bersiri tersebut ditambah dua episode lagi.

"Salam semua! Inilah sebab kenapa #dramaSweetDreams meleret sampai ke episod 20! Jangan marah ya!

"Apa-apapun nak ucapkan thank you so much support drama ni jugak selepas #SetelahTerlafaznyaAkad yang kau orang support gila-gila!

"Tak sangka you all boleh menerima drama yang kita cuba buat kelainan! Thank you so much again! Malam ni 10 pm jangan lupa episod 19 di Astro Ria dan Ria HD.

"Saya janji episod ni akan bagi you all seribu satu rasa and kepuasan sebab takdir Allah itu sudah tentu! Luv you all so much," tulisnya.

Salam semua! Ini la sebab Kenapa #dramasweetdreams meleret sampai ke ep 20! Jgn marah ya! Apa apa pun nak ucapkan tq tq tq so much support drama ni jugak selepas #setelahterlafaznyaakad Yg kau org support gila gila! Tak sangka u all boleh menerima drama Yg Kita cuba buat kelainan! Tq so much again! Malam ni 10pm Jgn lupa ep 19 di Astro Ria n RiaHD saya janji EP ni akan bagi u all seribu satu rasa and kepuasan sebab TAKDIR ALLAH itu sudah tentu! Luv u all so much

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji drama ini dan berharap agar Michael dapat menghasilkan lebih banyak drama berkualiti selepas ini.

Drama bersiri ini menampilkan gandingan pertama Ben Amir dan Mira Filzah di kaca televisyen dan ia diinspirasikan dari novel popular berjudul sama karya penulis Acik Lana.

Selain Ben dan Mira, drama bersiri ini turut menampilkan lakonan Sean Lee, Datin Seri Nina Juren, Yuna Rahim, PU Azman, Yusuf Bahrin dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Sweet Dreams setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Gunakan hashtag #dramaSweetDreams untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.