Aktres Nabila Huda mendedahkan sudah melakukan pemeriksaan doktor bagi mendapatkan kepastian punca dirinya belum dikurniakan rezeki anak.
Kata Nabila, dirinya dan suami, Mohd Izwan Johar tidak mempunyai sebarang masalah, justeru mereka ingin mencuba alternatif lain.
"Saya dan suami tidak pernah merancang dan setiap bulan kami mencuba, cuma belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.
"Kami juga dah pergi buat ‘check up’ dan kami berdua masing-masing tiada masalah. Mungkin untuk alternatif lain saya ingin cuba rawatan mengurut selepas ini.
"Kalau diberikan rezeki anak, saya rasa memang dia akan jadi lelaki paling gembira dalam dunia,” katanya kepada Gempak.
Nabila ditemui di majlis tayangan perdana filem Wangi di e@Curve, Damansara baru-baru ini.
Tambah pelakon filem Munafik ini, dia akui berasa sedih kerana belum mampu untuk hamil walaupun sudah empat tahun mendirikan rumah tangga.
"Ada ketikanya saya rasa sedih tak dapat bagi dia zuriat tapi dia pula yang okay, sentiasa menenangkan saya dan dia memang sangat penyabar orangnya.
"Saya sentiasa berdoa agar dikurniakan rezeki menimang cahaya mata dalam masa terdekat," katanya lagi.
Selain Nabila, filem Wangi turut dibintangi oleh pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Erra Fazira, Syazwan Zulkifli, Mia Nasir, Nik Adam Mika dan Ruminah Sidek.
Filem arahan Mohd Latiff Zam ini bakal ditayangkan mulai 5 September akan datang.
Zulaikha Yusof
Tue Sep 03 2019
“Jangan Risau Dia Sayang Awak, Sebab Tu Lah Dia Tinggalkan Kami Anak Beranak - Bella Astillah
Pelakon Bella Astillah tampil memberikan respons mengenai perbualan tular antara suaminya Aliff Aziz dah NRF yang dipercayai adalah Ruhainies.
Berang Dituduh Hasut Jenama Lain, Bella Astillah ‘Sound’ Ruhainies - “Macam Mana Boleh Terfikir Idea Fitnah Sampai Tahap Ini!”
Bella kongsi semula IGs Sarah Yasmine.
Nama Dipetik Dalam Perbualan Whatsapp Viral, Jenama Suplemen Beri Respons
Jenama suplemen terkemuka, Kitsui memberi respons susulan nama dipetik menerusi perbualan Whatsapp yang didakwa berlaku antara bekas dutanya dengan seorang pelakon lelaki.
Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Hasut Aliff Robohkan Rumah Tangga? - “Lepas Ni Awak Free, Tak Ada Lagi Toxic”
Wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine atau lebih hangat dikaitkan sebagai ‘kekasih gelap’ penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendakwa aktres sensasi, Ruhainies sebagai dalang penghasut disebalik konflik rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.
Pengalaman Baru Menonton Filem Dengan Gaya Hip & Trendy Menerusi ‘Silent Cinema’ Di Malaysia!
Penerbit filem Astro Shaw menjalinkan kerjasama bersama RexKL untuk memberi pengalaman baru menonton filem-filem terbaik terbitan Astro Shaw secara ‘Silent Cinema’.
Caprice Nasihat Aliff Aziz Serahkan Bukti 400 Foto, Video Kecurangan Bella Astillah Kepada Polis - "Ada Mangsa Lain Yang DM..."
Caprice dedah Aliff buat laporan polis berhubung kecurangan isterinya.
Guna Banyak Singkatan Perkataan Pelik, 'Kod' Mesej 'MUSM' Aliff Aziz Kepada Ruhainies Trending Di X
Penggunaan singkatan perkataan 'Miss You (u) So Much' (MUSM) menjadi topik hangat di aplikasi X, semalam. Singkatan itu didakwa digunakan penyanyi, Aliff Aziz sebagai membalas mesej 'LUM' atau 'Love You (u) More' yang dihantar pelakon, Ruhainies. Singkatan-singkatan tersebut adalah antara kandungan mesej yang dipaparkan pada tangkap layar WhatsAp
“Dekat Situ Nampak Dia Push Aliff” - Bella Astillah Kecewa, Terkejut Suami Sendiri Didakwa Rancang Mahu Jatuhkan Dirinya
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui kecewa dan sedikit terkejut apabila melihat tangkap layar perbualan Whatsapp yang didedahkan oleh satu individu baru-baru ini.
Kasihan Ibu Aliff Aziz, Dihentam, Dibenci Netizen... Sarah Yasmine Ambil Tugas Cerita Hal Sebenar!
Banyak Sarah 'spill the tea' fasal Aliff Aziz.
Nama Dipetik Isu Aliff Aziz, Isteri Caprice Tampil Pertahankan Diri - “Siapa Yang Terlibat Dalam Cerita Ini, Semua Bod*h!”
Isteri Caprice berang nama dipetik isu Aliff Aziz.