Konsert ketiga program realiti Big Stage 2019 telah berlangsung dengan meriah di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam sebentar tadi.

Sebanyak 11 peserta yang berasal dari Malaysia, Indonesia, Korea Selatan, Thailand dan Brunei berentap di pentas Big Stage 2019.

Dinda Permata telah diumumkan tersingkir untuk minggu ketiga pada awalnya.



Walau bagaimanapun, Aziz Harun mengambil keputusan untuk menarik diri secara rela hati kerana ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara, justeru Dinda terselamat pada minggu ini.

10 peserta melangkah ke minggu keempat dan bakal mempersembahkan lagu mengikut tema Duominasi.

Komposer Ajai diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.

Penyanyi Aman RA telah membuka pentas Big Stage minggu ketiga dengan lagu tema filem Sangkar, 'Fighter'.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan sistem pemarkahan beserta komen-komen yang telah diberikan:



Han-Byul - I'll Never Love Again 82.67%
"Lagu ini tidak mudah untuk dibawakan tetapi awak sangat pandai. Awak tahu apa kekuatan diri awak. Saya suka cara nyanyian awak. Ada beberapa kesalahan tetapi tidak ketara sangat," - Datuk Seri Siti Nurhaliza



Neeta Manisha - Ku Bersuara 81.00%
"Saya sangat sukakan suara awak. Namun, tidak sebagus seperti minggu pertama tetapi masih boleh perbaiki. Saya yakin awak boleh lakukan lebih baik untuk minggu seterusnya," - Cakra Khan



Santesh - Di Matamu 79.00%
"Awak jadi diri awak itu yang penting. Orang bukan melayu tetapi berjaya nyanyikan lagu melayu dengan baik walaupun 'pitching' pada awalnya tersasar. Paling penting, keyakinan yang ada dalam diri awak," - Ajai



Adzrin - Cinta Luar Biasa 78.00%
"Saya suka nada awak kerana nampak 'natural'. Sekarang dah boleh nampak perjalanan muzik awak," - Ajai



Fieya Julia - Pudar 69.00%
"Saya dengar dari awal sampai akhir, semuanya bagus. Cuma ketika nada tinggi jangan biarkan suara awak tenggelam," - Cakra Khan



Kucaimars - Kemarin 67.67%
"Saya datang ke sini bukan untuk mengkritik tetapi untuk kongsi pengetahuan. Pilihan lagu ini tepat dengan nada awak. Saya suka," - Ajai



Syada Amzah - Pulang 65.83%
"Saya suka dengan persembahan awak. Kadang-kadang yang ringkas, lagi senang untuk dibawakan dengan cara baik," - Cakra Khan



Irfan Haris - Dia 63.67%
"Bila menyanyi bersama pemain piano, dengar suara awak sangat jelas. Bila muzik tidak terlalu banyak 'instrument', memang ada banyak kelebihan namun kekurangannya senang mencari kesalahan. Alhamdulillah semua hampir sempurna, penghayatan bagus," - Datuk Seri Siti Nurhaliza



Chaleeda Gilbert - Buat Selamanya 62.67%
"Awak sudah buat yang terbaik malam ini. Saya suka apabila awak ada peningkatan kerana lagu ini sesuai untuk awak. Saya harap untuk persembahan akan datang akan lebih bagus," - Datuk Seri Siti Nurhaliza



Dinda Permata - Terlalu Memuja 62.00%
"Kita bukan robot, saya sendiri pernah terlupa lirik. Itu adalah cabaran awak. Oleh sebab itu, sokongan peminat amat penting. Kuatkan hati, nyanyian awak tadi betul-betul kena dengan emosi. Cuma kesilapan kecil sahaja berlaku," -Datuk Seri Siti Nurhaliza

Aziz Harun - Beautiful 56.00%
"Masa awak berada di atas pentas, muka awak nampak banyak perkara berlegar dalam fikiran. Sepatutnya ia tidak boleh terjadi," - Ajai



Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.





Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!