Puteri bongsu kepada DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara, YTM Raja Nazira Safya telah menjadi perhatian netizen dengan aksi comelnya baru-baru ini.

Raja Nazira ketika itu sedang duduk di dalam Balairung Istana, dengan bersahaja membuat memek muka yang mencuit hati semasa Istiadat Pengurniaan Kebesaran, Bintang dan Pingat-pingat negeri sempena Hari Keputeraan Sultan Perak.

Telatah puteri ini berjaya dirakam oleh lensa kamera dan dikongsikan menerusi IG Malaysiaroyalfamily.

Foto-foto comel itu juga telah mendapat komen positif daripada netizen.

Antara komen-komen netizen ialah ‘Alamak princess comel I ni; comel je dia buat muka begitu; dan comelnya, dia suka buat muka begitu.’

Berikut antara gambar-gambar yang berjaya dirakam:

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir