Mengejutkan! Pelajar #AF2015 yang terkenal dengan jolokan suara emas, Syamel diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir di konsert minggu kelapan sebentar tadi.

Sebaik sahaja namanya disebut oleh hos #AF2015 Zizan Razak, keadaan di Auditorim Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kecoh seketika tanda tidak puas hati di kalangan penonton yang hadir.

Bertemakan pilihan media dan penonton, Syamel telah membawakan lagu berjudul ‘Mimpi Yang Tak Sudah’ nyanyian asal Ibnor Riza telah mendapat peratusan terendah iaitu 11.42%.

Bagaimanapun, Dato’ Ramli dengan wajah yang serius membantah penyingkiran pelajar berusia 22 tahun itu dengan menggunakan kuasa Imuniti (kuasa juri).

Buat pertama kalinya, Imuniti telah diberikan kepada juri oleh pihak produksi untuk menyelamatkan seorang pelajar dari tersingkir dan hanya boleh digunakan sekali sahaja.

Kuasa tersebut telah diberikan sejak bermulanya konsert pertama #AF2015 dan hanya boleh digunakan selepas konsert kelima.

Dengan persetujuan juri jemputan iaitu pelakon hebat Fauziah Datuk Ahmad Daud, Dato’ Ramli telah membuat keputusan untuk menyelamatkan Syamel setelah mengambil kira persembahan pelajar itu yang sentiasa konsisten setiap minggu.

Ketika ditemui Astro Gempak, Dato’ Ramli memberitahu bahawa Syamel memang layak untuk menerima Imuniti tersebut.

“Saya bukan pilih kasih, saya beri Imuniti itu setelah mengambil kira persembahan Syamel dan dia memang layak.

“Dia adalah seorang pelajar yang sentiasa konsisten dalam persembahan dan bakat yang dia ada tidak perlu dipertikaikan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Syamel yang terselamat mengucapkan terima kasih kepada pihak juri dan juga bersyukur dengan peluang kedua yang diberikan kepadanya.

Konsert ketujuh #AF2015 bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Saksikan Diari #AF2015 pula akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam.

#AF2015 akan bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Untuk menyaksikan video eksklusif persembahan pelajar #AF2015, sila layari www.af.com.my.

Terlepas aksi #AF2015?
Muat turun aplikasi Astro on the Go di www.astroonthego.com, kemudian anda boleh saksikan bintang #AF2015 kegemaran anda di mana bila-bila masa dan di mana sahaja.

Jangan lupa juga untuk menyertai MV Lip Sync dan berpeluang untuk memenangi telefon pintar. Muat turun aplikasi MV Lip Sync di App Store dan Google Play Store secara percuma.