Konsert suku akhir #AF2015 yang berlangsung pada Ahad telah menyaksikan Syamel telah diselamatkan daripada tersingkir oleh Dato’ Ramli MS yang memberikan Imuniti (kuasa juri) kepadanya.

Syamel yang bersyukur diberikan peluang kedua untuk meneruskan perjuangan hingga ke peringkat akhir #AF2015 mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Ramli.

Bertemakan pilihan media dan penonton, Syamel telah membawakan lagu berjudul ‘Mimpi Yang Tak Sudah’ nyanyian asal Ibnor Riza telah mendapat peratusan terendah iaitu 11.42%.

Bagaimanapun sudah pasti konsert minggu kelapan #AF2015 telah melakar pelbagai kisah menarik sama ada di depan mahupun di belakang tabir.

Di sini Astro Gempak ingin berkongsi perkara menarik yang berlaku sepanjang konsert #AF2015 yang mungkin penonton setia Akademi Fantasia terlepas pandang.

1. Sebelum konsert bermula, terdengar sorakan penonton "Kami nak Che Ta, kami nak Che Ta." setelah melihat kerusi juri kosong.

2. Sebaik sahaja penyanyi Ramlah Ram selesai membuat persembahan pembukaan, hos #AF2015 Zizan Razak melompat sewaktu 'commercial break'.

3. Kehadiran Kak Ogy sebagai pengkritik jemputan nyata disenangi apabila dia mendapat sorakan sebaik sahaja muncul di atas pentas dan tersenyum.

4. Kerana membawakan lagu berjudul 'Bila Tiba' nyanyian asal kumpulan Ungu, Sharul terkejut menerima hadiah istimewa dari vokalis kumpulan tersebut iaitu Pasha.

5. Dato' Ramli nampak kecewa dengan persembahan Rachel yang tidak bertenaga.

6. Peminat Rachel dan Bila serta Shamel dan Sharul berlawan sorakan di dalam Auditorium.

7. Selepas tamat persembahan duet Sharul dan Bila, mereka berdua berjalan ke belakang pentas sambil mengusik satu sama lain. Comelnyaa!!!

8. Auditorium sedikit riuh sebaik sahaja nama Syamel diumumkan sebagai peserta tersingkir. Rata-rata penonton nyata tidak puas hati dengan keputusan tersebut.

9. Dato’ Ramli dengan wajah serius membantah penyingkiran pelajar berusia 22 tahun itu dengan menggunakan kuasa Imuniti (kuasa juri) yang baru pertama kali diperkenalkan dalam Akademi Fantasia.