Anak sulung kepada pelakon jelita Rozita Che Wan (Che Ta), Ammar Effendy baru sahaja menyambut majlis hari lahirnya yang ke-19 tahun pada hari semalam.

Majlis tersebut telah berlangsung secara eksklusif dan meriahnya diFlora Terrace, Hampshire Place, Ampang serta turut dihadiri dari kalangan keluarga dan juga teman rapat.

Apa yang menarik ialah penampilan Ammar yang nampak segak kala menyarungkan suit berwarna biru. Ia menampakkan lagi sisi dewasanya.

Malah cara Ammar mendukung serta melayan adiknya, Aaisyah juga turutmendapat perhatian.

Ia umpama melihat anak pemain bola sepak dunia, David Beckham iaitu Brooklyn mendukung Harper dalam versi Melayu.

Dalam pada itu, Che Ta juga telah memuatnaik sekeping foto bersama Ammar dengan ucapan hari jadi yang berbunyi:

“Happy 19th Birthday to my darling Ammar Effendy @ammareffendy .. semoga Kehidupan ammar sentiasa diberkati, peroleh kejayaan, kekayaan,bahagia dunia akhirat ..amin ... #HappyBirthday #proudmom #iloveyou.” tulisnya.

Dalam pada itu, Ammar dan Che Ta telah berkongsi foto-foto menarik sempena sambutan majlis hari lahir tersebut dengan menggunakan hashtag #ammarturned19 dan #ammarsbirthdaybash.

Di sini Astro Gempak ingin berkongsi foto-foto menarik sekitar parti hari jadi Ammar yang diambil menerusi Instagram Ammar dan Che Ta.