Gara-gara penyanyi nombor satu negara,Dato’ Siti Nurhaliza, akaun Instagram milik pemain bola antarabangsa Cristiano Ronaldo diserang oleh peminat Malaysia.

Difahamkan perkara itu berlaku apabila Cristiano Ronaldo atau terkenal dengan panggilan CR7 itu memuat naik satu foto yang menunjukkan dia berada dalam sebuah kereta pada Selasa.

Foto tersebut disertakan dengan kapsyen ikon berbentuk pesawat yang seakan-akan memberi gambaran bahawa pemain bola sepak dunia itu mahu ke berangkat ke satu destinasi.

Namun begitu, bukanlah wajah kacak Cristiano Ronaldo yang menarik perhatian, sebaliknya ramai yang lebih tertarik dengan komen ringkas Siti Nurhaliza iaitu “safe flight dear” yang ditujukan buat pemain bola sepak kacak tersebut. Dengan serta-merta juga komen tersebut menjadi viral.


*Komen Dato' Siti kepada bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.*

Sehingga kini, peminat masih lagi gigih mencari komen Dato’ Siti walaupun foto Ronaldo itu telah mendapat lebih 11,000 komen.


Apa yang lebih melucukan ialah kepelbagaian ayat yang ditulis oleh peminat di Malaysia amat menarik untuk dibaca.

Tak percaya? Jom lihat beberapa komen lucu di bawah: