Minggu lalu, Miss K menerima khabar dari seorang rakan yang mendakwa rumah tangga usahawan popular, Noor Nabila Mohd Noor dan aktor Sharnaaz Ahmad menghadapi masalah.

Rakan Miss K mendakwa Nabila nekad mahu memfailkan perceraian selepas beberapa usaha untuk menyelamatkan rumah tangganya gagal.

Miss K sendiri tak berani nak tulis gosip ni minggu lepas sebab mungkin ia hanya khabar angin je kan.. Cuma desas-desus.

Tapi, foto terbaru yang dimuat naik oleh Nabila sebentar tadi mengundang pelbagai spekulasi dalam benak hati Miss K.



Menerusi laman Instagram Stories Nabila, kakak kepada Neelofa itu memuat naik sekeping foto di sebuah lokasi.

Tak salah Miss K, Nabila memuat naik foto di kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Miss K siap Google lagi, tak nak main serkap jarang je... Selepas gigih melakukan carian Google, tak salah lagi, memang betul, foto itu diambil di kompleks makhamah syariah!

Terdetik di hati Miss K, rumah tangga mereka bermasalah semula ke? Jadi, dakwaan rakan Miss K yang mengatakan Nabila dah nekad nak fail perceraian tu, betul lah ya?

Rakan Miss K turut mendakwa yang Nabila dah benar-benar nekad, sebab itu dia yang memfailkan perceraian.

Miss K juga turut melihat ruangan komen di Instagram Nabila... Ada peminat yang sudah menyedari perkongsian foto di lokasi terbabit dan meninggalkan kata-kata semangat untuk Nabila.



Sekitar Februari lalu, timbul dakwaan yang mengatakan rumah tangga Nabila dan suami dilanda badai.

Namun begitu, pada bulan Mei lalu, hubungan mereka dikatakan kembali pulih selepas pasangan itu memuat naik foto bersama di laman Instagram.

Dalam pada itu, Nabila juga turut memuat naik kata-kata yang menguatkan spekulasi yang dirinya kini berhadapan dengan masalah rumah tangga.



Jika benar apa yang Miss K dengar, Miss K doakan mereka menemui jalan yang terbaik untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Selalunya wanita sukar nak melepaskan apa yang dia sayang. Hanya wanita betul-betul kuat dan ada alasan yang kukuh je.

Miss K pun tak berani nak cakap lebih-lebih... Miss K nak doakan je yang baik-baik...

Miss K: Siapa yang suka perpisahan, kan?